Insan & Komuniti 23 Jul, 2024

Video| Gara-gara curi cili, pencuri dipaksa makan cili padi sebelanga! Motosikalnya pula dibakar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Kejadian orang ramai melakukan hukuman sendiri terhadap pesalah sering terjadi di seluruh dunia. Sehingga akhirnya bukan hanya si pesalah yang akan didakwa, malah turut melibatkan orang ramai yang menjadi hakim sendiri itu.

Satu kejadian terbaharu terjadi di Dusun Nglarangan, Desa Kata'an, Kecamatan Ngadirejo, Temanggung, Jawa Tengah pada petang Jumaat, 19 Julai 2024.

Kerana harga yang semakin mahal, seorang lelaki yang dikenali sebagai H, 55, mencuri sekarung cabai rawit (cabai burung atau cili padi) dengan berat kira-kira 30 kilogram dengan harga kira-kira Rp2.700.000 (RM777) milik Nuryanto, 38,  dengan sebuah motosikal miliknya.



Pencurian itu dapat dikesan oleh Nuryanto melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya. CCTV itu juga dapat mengesan nombor plat pelaku dan ia dikenali mangsa.

Lalu Nuryanto membawa beberapa rakannya bagi mengesan di mana H berada. Setelah berjaya dikesan H dibawa ke rumah Nuryanto untuk diberi hukuman. 

Nuryanto meletakkan sebelanga cabai merah dan memaksa H memakannya. Walaupun pada mulanya enggan, namun H terpaksa menurut setelah dipaksa beberapa kenalan Nuryanto. Selain itu mereka turut membakar motosikal milik H.

Setelah selesai melakukan penganiayaan terhadap N barulah dia dibawa ke balai polis.


N dipaksa memakan sebelanga cili padi


Nuryanto dan rakan-rakan bangga dapat menyerahkan N ke balai polis. Namun Nuryanto dan rakan-rakan turut ditahan kerana melakukan jenayah penganiayaan terhadap N dan motosikalnya.

Jika N akan didakwa di mahkamah, begitu juga Nuryanto dan rakan-rakannya.

Pihak polis menasihatkan orang awam agar tidak menjatuhkan hukuman sendiri kepada pesalah kerana ia boleh menyalahi undang-undang.

Bangkai motosikal yang hangus terbakar serta belanga cili dirampas sebagai bahan bukti.

Perlakuan terhadap N tular setelah dimuat baik dalam beberapa laman sosial sejak 21 Julai 2024 serta sejumlah media cetak dan media elektronik. - KitaReporters

Pencuri cabai ketika berada di balai polis


13
9
0
15
0
You will be interested