Insan & Komuniti 04 Aug, 2025

Amalan gotong royong dihidupkan! Kariah surau masak bubur asyura! Eratkan silaturahim, kerjasama!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: awangani@gmail.com

Share this

Gotong-royong memasak dua kawah bubur asyura di Surau Al-Ershad, Taman Kaya, Taiping.

Sambutan bulan Muharam tidak dilupakan oleh umat Islam di negara ini. Ini terbukti dengan insiatif yang diambil oleh para ahli jemaah surau diri jumaat (SDJ), Surah Al-Ershad, Taman Kaya, dekat Taiping untuk memasak bubur asyura.

Program itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara jemaah. Bagi memeriahkan sambutan itu lebih 50 jemaah tampil bekerjasama melakukan aktiviti gotong royong memasak dua kawah bubur asyura di dewan terbuka surau tersebut.

Ketua penganjur program berkenaan, Jalil Abdul Rahim berkata, pihaknya mengumpul sejumlah dana dalam kalangan ahli jemaah dan surau yang bermurah hati untuk berkongsi rezeki dengan menghulurkan wang bagi membiayai program itu.

Katanya, wang yang dikumpul itu digunakan untuk membeli barangan sebagai persediaan memasak bubur Asyura.


Dua petugas sedang menuangkan bubur asyura ke dalam bekas untuk diagihkan kepada jemaah.

Katanya, antara resepi bahan untuk penyediaan tersebut seperti tepung, ubi keledek, jadung, kacang hijau, kacang tanah, kacang kuda, santan, gula pasir dan gula merah. 

"Kita mula memasak bubur asyura pada jam 8 pagi sehingga ia boleh dimakan pada jam 12 tengah hari.

"Bubur yang dimasak itu perlu dikacau tanpa henti-henti bagi memastikan ia masak dengan sempurna, " katanya.

Jalil berkata, bubur yang siap itu diagihkan kepada jemaah pada waktu tengah hari, manakala sebahagian lagi diagihkan kepada jemaah pada waktu malam.

Menurutnya, seorang penceramah Ustaz Naim Said dijemput khas untuk memberikan ceramah sempena bulan yang mulia ini. - KitaReporters


Sebahagian jemaah yang hadir untuk bergotong royong memasak bubur asyura.

8
13
0
15
0
You will be interested