Insan & Komuniti 18 May, 2025

Video| Pernikahan berdarah! Pengantin cedera ditetak masa tiba majlis nikah! Ijab kabul di hospital!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.

Pada Ahad, 11 Mei 2025, Ahmad Handa, 31, tidak sabar menuju ke rumah tunangnya, Farida Aryani untuk diijabkabulkan dan sah menjadi pasangan suami isteri.

Ahmad sudah siap memakai pakaian pengantin kerana selepas majlis akad nikah akan diikuti majlis resepsi yang memerlukan dia dan isterinya bersanding.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa Ahmad bersama empat anggota keluarganya berhenti di jalan menuju ke rumah pengantin wanita diikuti beberapa kenderaan lain.

Ahmad turun dari kereta dengan pakaian pengantin adat Palembang.



Peristiwa berdarah ini terjadi di Jalan Panca Usaha, Kelurahan 5 Ulu, Kecamatan Seberang Ulu I, Palembang, Sumatera Selatan kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Empat lelaki tiba-tiba muncul dengan membawa parang menyerang pengantin lelaki, sementara seorang lagi menembak ke udara.

Ahmad yang tidak sempat melawan ditetak bertubi-tubi dan terpaksa lari ke rumah seorang jiran dalam keadaan berdarah.  

Keadaan mengemparkan tetamu yang sudah hadir ke majlis akad dan resepsi itu. Ada yang panik lalu lari lintang-pukang.

Ahmad dalam keadaan berdarah dan ditetak pada beberapa bahagian tubuhnya. Dia kemudian dibawa ke hospital terdekat iaitu Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Bari, Palembang.

Atas persetujuan bersama keluarga kedua-dua pihak, majlis akad tetap dijalankan di ruangan rawatan hospital. Setelah itu, Ahmad dipindahkan ke sebuah hospital lain yang mempunyai alat rawatan lebih baik.

Ahmad menerima rawatan di hospital akibat kecederaan pada beberapa bahagian badannya. - Kredit foto: ANTARA


Dalam soal siasat pihak polis, Ahmad berkata dia mengetahui lelaki-lelaki yang menyerangnya. 

Dia percaya serangan pada hari pernikahannya itu atas dasar dendam sejak tahun 2029 di Riau kerana mereka pernah bekerja bersama di daerah itu dan pernah bertengkar ketika di sana. Polis masih memburu suspek-suspek itu.

Ahmad tetap bersyukur keranaq tetap dapat melakukan akad nikah dalam keadaan sakit luka di hospital. Namun untuk merasai 'malam pertama'  terpaksa ditunda sehingga pulih sepenuhnya. Tetapi berapa lama lagi? 

Cuma yang akan abadi dalam ingatannya ialah dia mengalami pernikahan berdarah. - KitaReporters


9
12
0
6
0
You will be interested