Insan & Komuniti 30 Nov, 2022

Piala Dunia 2022: Menang bertaruh tapi bakar rumah sendiri! Angkara marah wang pertaruhan tak cukup!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

PEGAWAI polis menyiasat punca kebakaran sebuah rumah kediaman yang dilakukan oleh Joitan sendiri  akibat sakit hati serta tidak berpuas hati dengan rakannya yang memberi wang pertaruhan Piala Dunia 2022 tidak mencukupi pada 25 November 2022. - Kredit foto: Dok.Istimewa


KEGEMBIRAAN seorang lelaki di Sulawesi Utara, Indonesia yang memenangi wang pertaruhan Piala Dunia Qatar 2022 sebanyak Rp200 ribu (RM57) bertukar trajedi apabila dia ditangkap oleh polis  pada 25 November 2022 lalu kerana mangsa dipercayai membakar rumahnya sendiri akibat tidak berpuas hati  dengan jumlah wang pertaruhan yang diberi oleh rakannya tidak mencukupi.

Lelaki terbabit bernama JD atau Joitan berusia 31 tahun  dikatakan bertindak membakar rumahnya sendiri di Desa Tanaki Lindongan 1 Kecamatan Riau Barat Selatan, Sitaro akibat terlalu marah dengan rakannya yang memberi wang pertaruhan tidak mencukupi.

Berikutan dengan kejadian tersebut, Joitan ditahan polis atas kesalahan menganggu ketenteraman awam serta merosak harta benda.


Lagi


JOITAN (tengah) ditahan oleh polis. - Kredit foto : Gosulut.com


Ketua Polis Kepulauan Sitaro, AKBP Iwan Permadi berkata, lelaki berkenaan juga melakukan sedemikian kerana dirinya dipengaruhi alkohol yang berlebihan selain wang pertaruhan yang dijanjikan tidak diberi secukupnya oleh rakannya. 

Portal berita Detik.com pada 26 November 2022 dipetik berkata menurut ketua polis itu, Joitan sepatutnya memperolehi wang taruhan sejumlah Rp200 ribu tetapi hanya diberikan oleh rakannya sebanyak Rp120 ribu (RM34) sahaja.

Iwan berkata, awalnya Joitan bertaruh dengan seorang rakannya dalam perlawanan Brazil dan Serbia pada 25 November 2022. 

Dalam perlawanan itu, Joitan dengan rakannya bertaruh Rp 200 ribu dan lelaki berkenaan menyebelahi pasukan Brazil yang berkesudahan perlawanan itu Brazil menang 2-0 mengatasi Serbia.

‘’Hanya wang pertaruhan yang diberi rakannya tidak cukup dan hal ini menyebabkan Joitan menjadi marah dan panas baran lalu pulang ke rumahnya sambil berteriak di sepanjang jalan dengan mengatakan kawannya menipu serta wang diperolehinya tidak cukup hanya Rp120 ribu sahaja.

SEBAHAGIAN rumah Joitan musnah menjadi debu akibat perbuatan dirinya sendiri. - Kredit foto : Komentar.id


‘’Sebelum itu, ketika sedang menyaksikan perlawanan bola itu mereka bersama beberapa rakan telah minun arak terlalu banyak,’’ kata Iwan. 

Selepas sampai di rumahnya, Joitan menyuruh isterinya dan anaknya keluar dari rumah kerana dia ingin membakar rumahnya.

Beberapa pemimpin masyarakat setempat telah menasihat lelaki terbabit supaya tidak membakar rumahnya tetapi dia masih berdegil dan menjerit-jerit  untuk membakar rumah yang didiami itu.

Lalu Joitan mengambil minyak tanah dan menyiram di beberapa bahagian di rumahnya sebelum dibakar.

Akibat kerosakan serta rumah itu hangus disebabkan perbuatan sendiri, Joitan mengalami kerugian Rp5 juta (RM1,427). - KitaReporters


Kredit foto : Detik.com 

 

 

 

18
13
0
15
0
You will be interested