Insan & Komuniti 30 Dec, 2022

Video| Alamak! Rider jadi sangat cuak! Bertukar jadi panik! Kena hantar makanan ke tanah perkuburan!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


BAGI mereka yang mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan, kadangkala banyak ujian yang hadir tanpa diduga seperti hujan, tidak jumpa rumah dan lokasi rumah tidak wujud.

Begitulah kisah seorang penggali kubur yang menempah makanan semasa melakukan kerja sehingga penghantar makanan menjadi bualan ramai kerana dilihat sangat terkejut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tanah perkuburan


Ketika video ini dirakam, penggali kubur ini sedang menjalankan tugasnya namun beliau memesan makanan secara dalam talian

Tetapi penghantar makanan ini menunjukkan muka yang sangat cuak walaupun melihat penerimanya yang berada di tanah perkuburan

Muka penghantar makanan itu tetap cuak dan beliau segera beredar setelah menghantar makanan kepada penggali kubur tersebut.



Rata-rata netizen yang melihat video ini berpendapat mungkin semasa menerima order, dia sangat terkejut kerana di kawasan perkuburan lagi-lagi pada waktu malam. 

Siapa je tak cuak kan kalau Waze beri lokasi salah boleh sampai ke tanah perkuburan. - KitaReporters


17
9
0
14
0
You will be interested