Kisah Insan 24 Jun, 2021

Terima kasih Rumah Ngaji! Bantu pengebumian bayi! Kerana miskin, ibu hanya mampu dakap jenazah!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya di Utusan Malaysia pada 2007 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin.

Share this

RUMAH setinggan yang didiami tiga beranak itu di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, Sabah. - Kredit foto: FB Sandakan Community Care


TERUJI dengan kemiskinan hidup seorang ibu muda terpaksa menunggu semalaman bagi menguruskan jenazah anak lelakinya yang disahkan meninggal dunia kerana demam panas.

Lebih menyanyat hati dalam tempoh tersebut, si ibu muda itu hanya memeluk jenazah anak kecil itu tanpa membuat apa-apa kerana buntu memikir cara menguruskan jenazah berkenaan.

Namun aturan sang Pencipta sangat hebat… Dia hadirkan seseorang untuk membantu walaupun tidak dikenali dan bukan darah daging sendiri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bayi


JENAZAH bayi tiga bulan yang hanya dibalut kain batik dan dipeluk semalaman oleh ibunya selepas buntu memikirkan untuk dikebumikan berikutan kesempitan hidup.


Kisah meruntun hati itu dikongsi oleh Pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir yang bertanggungjawab membantu menguruskan jenazah bayi lelaki berusia tiga bulan itu bersama tiga lagi guru agama di kampung Bangau-Bangau, Semporna di Sabah. 

Menurut Laili, kesusahan yang dilalui ibu muda itu diketahui seorang daripada sukarelawan dari Rumah Ngaji yang melihat ibu berkenaan menangis sendirian di hadapan rumahnya di kawasan setinggan berkenaan.

Lalu sukarelawan itu ringan mulut untuk bertanya keadaan sebelum wanita itu mengaku anaknya yang berusia tiga bulan meninggal dunia akibat demam panas.

Wanita itu memaklumkan bayinya sudah meninggal dunia, namun dia tidak mampu menguruskannya kerana kesempitan wang.

Allahu…sedihnya!



Kredit foto: FB Sandakan Community Care


Terdahulu, wanita itu yang tinggal di rumah setinggan bersama seorang lagi anak perempuannya yang berumur dua tahun ada meminta bantuan daripada penduduk setempat, namun hampa kerana tiada yang sudi untuk membantunya.

Keadaan itu menyebabkan wanita tersebut trauma untuk meminta bantuan daripada jiran-jiran di sekelilingnya.

Tambah Laili, keluarga itu mengalami kesusahan selepas suaminya dihukum penjara selama setahun kerana masalah dadah. 

Kini dua beranak itu dibantu oleh Rumah Ngaji yang menyediakan barangan asas selama dua bulan dan bantuan lain.

Syukur ada yang masih sudi membantu! Semoga ada sinar baharu untuk dua beranak itu dalam meneruskan kehidupan.

Ingatlah hidup di dunia ini penuh ujian tapi semua itu sebab Allah sayang kepada kita dan mahu kita bermunajat dengan-Nya, lalui dengan tenang dan diringi usaha serta doa.

Terima Kasih Rumah Ngaji! - KitaReporters

SUKARELAWAN Rumah Ngaji  bersama tiga guru agama bertanggungjawab menguruskan jenazah bayi tiga bulan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di kampung berkenaan.

 

 

 

.

4
1
11
1
0
You will be interested

Shebby telah tiada! Sweeper emas negara 80-an! Pakar teknikal berkaliber! Penganalisis TV kritis!

Serbegeth 'Shebby' Singh, 62, meninggal dunia akibat sesak nafas ekoran serangan penyakit jantung ketika berbasikal di Iskandar Puteri pada petang 12 Jan 2022

Rezeki nelayan! Sangka anak buaya sangkut dalam pukat! Rupanya pari tunggol gergasi! Berat 40.5kg!

Nelayan Sendak Omar sangka seekor anak buaya tersangkut di pukatnya tetapi rupa-rupanya seekor ikan pari tunggol gergasi seberat 40.5kg anggaran bernilai RM324
Adnan Mohamad in Kisah Insan 2 days ago

Nia menangis dihukum penjara setahun! Bersalah bersama suami, pemandu! Kes salah guna syabu!

Nia Ramadhani menangis teresak-esak ketika mahkamah jatuhkan hukuman penjara satu tahun bersama suaminya, Ardi Bakrie akibat terbabit penyalahgunaaan dadah
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago

Mengenang Shebby! Bek tengah RM100k! Santokh Kedua! Peminat Spurs! Latih anak di Sekolah Arsenal!

Shebby, bek tengah bernilai RM100k? Yuran tebus diri itu dikenakan PBNJ gara-gara bermain tanpa kebenaran mereka untuk wakili kelab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Abdul Hafiz Ahmad in Kisah Insan 4 days ago

Shebby yang ku kenali! Ceroboh penginapan pemain! Disergah Tauke! Shebby tampil jadi penyelamat!

Persahabatan mula terjalin pada 1983 ketika kami jejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Saya baru bergelar wartawan, Shebby pula bina nama sebagai pemain bola sepak
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kisah Insan 4 days ago