Insan & Komuniti 18 Jun, 2021

Video| Buku Meghan `The Bench`! Buku Bangku Ini paparkan hubungan akrab Archie, Putera Harry!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Kredit foto: Amazon.com


SELALUNYA hubungan anak dengan ibu kerap menjadi perhatian kerana kasih sayang itu termeteri sejak dalam rahim lagi. Bagaimanapun bagi Meghan Markle, dia menyaksikan betapa akrabnya hubungan permata hatinya, Archie dan suaminya, Putera Harry yang sangat mempesonakan hatinya

“Untuk seorang lelaki dan seorang anak yang menjadikan hati saya sentiasa berdenyut kencang. Duduk di bangku ini menyaksikan kegembiraan yang luar biasa dan di sinilah kita akhirnya dapat `berehat` bersama-sama,” kata Meghan dalam karya terbarunya berupa sebuah buku cerita kanak-kanak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Meghan Markle


Kredit foto: Daily Mail UK


Buku “The Bench” (Bangku Ini) menceritakan kembara hidup tiga beranak itu selepas berpindah ke California, Amerika Syarikat. Kediaman mewah ibarat istana kecil, berhampiran pantai dan jauh daripada hiruk-pikuk itu memberinya ilham untuk menulis tentang sebuah kehidupan yang disaksikan daripada pandangan mata seorang ibu.

Vionnews.com melaporkan, buku itu memaparkan ilustrasi Putera Harry dan anaknya, Archie yang dikenali dengan rambut merahnya (warna rambut Harry menjadi sindiran bapanya, Putera Charles). 

Mereka digambarkan duduk di bangku sedang menabur makanan untuk ayam yang diselamatkan dari sebuah kilang sembelihan. Turut diselitkan Harry dan Archie berjalan berpimpin tangan.


Kredit foto: The Sun UK


Buku itu dihasilkan dengan bantuan ilustrasi seorang artis di California, Christian Robinson. Juga digambarkan puteri kedua mereka, Lilibet 'Lili' Diana sedang digendong oleh Meghan berseluar jean, bertopi berbaju-T warna putih sedang berdiri di sebelah petak tanaman sayur.

Buku kanak-kanak itu boleh ditempah daripada Amazon. 

Meghan mendapat inspirasi menulis buku berkenaan selepas melakar lirik puisi untuk Harry sempena sambutan Hari Bapa 2019, iaitu sebulan selepas kelahiran anak mereka, Archie

Dan dengan kelahiran Lilibet Diana akan menambah keceriaan hidup Meghan dan Harry walaupun mereka bukan lagi kerabat diraja



Pasangan itu bersama dua anak mereka kini menghabiskan hari-hari indah di istana kecil berharga RM61.7 juta (AS$14.7 juta) di Montecito, California. Antara jiran mereka adalah Oprah Winfrey yang pertama kali membuat temu ramah dengan pasangan itu yang kemudian disiarkan ke seluruh dunia menerusi saluran perkhidmatan televisyen Apple.

Pasangan  ‘Megxit’, turut menandatangani perjanjian dengan Netflix, Spotify dan penerbitan buku pertama Meghan adalah sebahagian usaha sama perniagaan dan penerbitan dokumentari yang akan dihasilkan oleh pasangan itu bagi mencari sumber kewangan.

Sekarang Meghan yang menjadi ibu kali kedua sedang menghabiskan cuti bersalin yang panjang ditemani Putera Harry, Master Archie dan Mistress Lilibeth yang dilahirkan pada 4 Jun 2021. 


Istana ini tempat Archie dan adik perempuan Lilibet menempuh hidup gaya Amerika.


Di sini lahirnya seorang puteri  istana sebagai orang`keluaran`.


Buku pertama karya Meghan yang juga The Duchess of Sussex, pastinya menarik minat pembaca kerana daripada jendela hidup, dia sangat `asyik` melihat hubungan istimewa seorang ayah dengan anak yang boleh diketengahkan dalam masyarakat moden sekarang

"Daripada The Bench kita boleh lihat betapa kasih sayang bapa dan anak, bercambahnya sikap penyayang dan berbelas kasihan. Anda melihat perkembangan kehidupan seorang anak dan kasih sayang ini boleh lahir dalam apa jua bentuk dalam keluarga moden," katanya.

The Bench diterbitkan oleh Penguin Random House Children's UK, setebal 40 muka surat diterbitkan pada 8 Jun 2021. - KitaReporters


Kredit foto: Newsweek

1
1
0
0
0
You will be interested