Kisah Insan 22 Jun, 2021

Video| Tiada lagi sambutan Hari Bapa! Tiga beradik menangis di pusara! Tiada lagi hero mereka!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya di Utusan Malaysia pada 2007 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin.

Share this


SEMPENA Hari Bapa yang disambut pada ahad minggu ketiga bulan Jun (20 Jun 2021), pasti ramai berkongsi momen indah bersama hero mereka.

Tidak kira panggilan apa kepada si ayah tetapi kekasih pertama si anak itu pasti menjadi individu paling bahagia apabila dirai oleh anak-anak.

Namun begitu tidak semua yang berpeluang dan beruntung meraikan sambutan Hari Bapa pada tahun ini kerana ada yang telah pergi menyahut panggilan Yang Esa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bapa



Terbaharu tular kisah tiga beradik dalam media sosial yang menangis teresak-esak sambil memanggil bapa mereka ketika mengunjungi pusara bapa mereka.

Tahun ini, tiga beradik itu tidak sempat meraikan sambutan Hari Bapa bersama hero mereka.

Video yang menyedihkan itu dimuat naik oleh seorang wanita yang juga merupakan ibu saudara kepada ketiga kanak-kanak itu @arienafiena menerusi aplikasi TikTok.




Menurut arienafiena, bapa kepada tiga kanak-kanak itu adalah adik kandungnya yang meninggal dunia awal Jun 2021 selepas  bertarung selama 12 hari di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana berlaku pendarahan darah di dalam kepalanya.

Menerusi video yang menyentuh perasaan apabila ketiga-tiga anak buahnya turut memanggil bapa mereka dengan panggilan ‘abah, abah, abah’ sambil mengalirkan air mata ketika mengunjungi pusara bapanya sehari selepas hari kematian adiknya.

Malah turut kelihatan anaknya yang kelihatan sugul sambil merenung sayu ke arah batu nisan pusara milik bapa mereka

Tabahla dik…kehilangan orang tersayang sememang perit! Tapi Allah lebih menyanyangi abahmu!

Menerusi perkongsian sebelum ini, @arienafiena sempat menceritakan mengenai kematian adiknya akibat tekanan darah tinggi dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sebelum menghembuskan nafas terakhir.



Menurut arienafiena lagi, ketiga-tiga anak saudaranya kini menjadi tanggungjawab memandangkan arwah adiknya dahulu hanya 

bekerja kampung.

Malah wanita itu berjanji akan memastikan kesemua anak buahnya mendapat kasih sayang walaupun kehilangan kasih sayang seorang ayah pada usia yang masih mentah.

Bagaimanapun selepas 10 hari berlalu menerusi perkongsian terbaharu, anak arwah adiknya itu  semakin memahami bapanya sudah tiada di alam fana lagi.

Malah si kecil itu sempat meluahkan rasa rindu kepada si ayah yang telah pergi buat selama-lamanya.

Biarpun petah berkata-kata, namun apalah yang dia faham erti sebenar kehilangan dan kematian!



Menjengah masuk di ruangan komen rata-rata netizen yang menonton video itu mengakui mereka tidak mampu menahan air mata kerana melihat tiga beradik terbabit kehilangan bapa ketika masih kecil lagi.

Ramai yang meninggalkan komen mendoakan kesejahteraan kanak-kanak itu dan berharap mereka terus tabah dalam menjalani kehidupan selepas ini.

Semoga tiga anak yatim ini terus membesar dan berjasa di masa hadapan. - KitaReporters


0
3
5
0
0
You will be interested

Video| Tuah penarik beca! Majikan kaya wasiatkan harta RM600k! Rumah 3 tingkat, barang kemas!

Atas kesetiaannya berkhidmat dan menjaga satu keluarga kaya selama 25 tahun, Budha Samal dapat wasiat bernilai RM600 ribu daripada majikannya, Minati Patnaik

2 sejoli ditangkap berkhalwat dalam kereta! Denda ikut hukum adat! 1 kerbau, 100 gantang beras!

2 sejoli yang laku perbuatan tak senonoh tanpa pakaian di dalam kereta di Jambi ditangkap berkhalwat. Mereka dihukum dengan denda adat oleh Lembaga Hukum Adat
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago

Selepas 73 tahun! Buku dipinjam dari pustaka akhirnya dipulangkan semula! Jumlah denda RM16K!

Tular cerita mengenai Perpustakaan Awam Dunfermline, Scotland apabila sebuah buku berjudul Statley Timber hanya dipulangkan kembali selepas 73 tahun dipinjamkan
Mohamed Sa'ari in Kisah Insan 4 days ago

Meow, Meow, Meow! Jeritan kucing selamatkan nyawa bayi usia 5 hari! Dibuang di tepi longkang!

Jeritan sekumpulan kucing selamatkan nyawa seorang bayi perempuan usia 5 hari yang dibuang di tepi longkang di Mumbai. Bayi itu berpakaian baju nipis, kesejukan
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 week ago

Jejak Prihatin Qudwah Tech! Santuni keluarga Orang Asal! Turut bantu pusat jagaan warga emas!

Qudwah Technology bersama UstazUstazah.com santuni 8 kampung Orang Asal di Johol dan Tampin untuk agihkan barangan keperluan asas menerusi Kempen Jejak Prihatin
Rosdi Ismail in Kisah Insan 1 week ago