Insan & Komuniti 27 Feb, 2021

Video| Terima kasih Isa Isarb! Rumah rosak mangsa banjir Chenor dibaiki! Pun dapat barang ganti

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this

Pasukan Isa Isarb sampai dengan enam kereta. Sebuah kereta hanya boleh dinaiki dua orang. Kelihatan (dari atas) deretan rumah kampung yang diubah wajahnya. - Kredit foto: Video YouTube Isa Isarb


MEMETIK kata-kata salah seorang mangsa banjir di sebuah kampung di Chenor, "dalam musibah ada hikmahnya". Hilang barang rumah sekali gus dalam musibah banjir di Pahang baru-baru ini, siapa sangka 13 rumah di perkampungan itu mendapat ganti hampir kesemua barang mereka yang rosak dan hanyut dibawa arus air bah.

Rezeki diperolehi melalui projek Youtuber terkenal, Isa Isarb bersama teamnya seperti yang disiarkan dalam posting terbaru video dalam saluran Isa Isarb yang bertajuk, Mengubah Wajah Satu Kampung.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Youtuber:

https://kitareporters.com/search?search=youtuber


Misi kali ini untuk membaik pulih dan membekalkan barang perabot kepada rumah penduduk ditenggelami air selama 14 hari di Chenor, Pahang. - Kredit foto: YouTube Isa Isarb.


Pada 30 Januari 2021 lalu, pasukan itu pergi sekali lagi ke kawasan yang ditenggelami air selama 14 hari itu untuk melaksanakan misi yang dirancang selepas kunjungan pasukan itu ke kampung berkenaan sebelumnya.

Dalam pengenalan videonya, menurut Isa Isarb atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman, dia bercadang untuk pergi ke setiap rumah untuk dibantu “tapi saya tak boleh buat dalam bentuk bantuan, kerana kalau sebut bantuan kena buat di bawah organisasi (NGO) Pahang atau kena ambil borang E-Banjir." 

Agar tidak menyusahkan, katanya lagi, "saya rancang nak buat..  saya dapat kerja untuk baik pulih (kediaman penduduk) kejap lagi saya panggil vendor atau pembekal untuk buat kerja baik pulih." 

Sesampai di sana pada hari pertama (30 Januari 2021) pelaksanaan misi projek, dia memberitahu begitu kepada pemilik rumah mangsa banjir terbabit.


Kerja mengecat rumah membabitkan tenaga 26 penduduk. - Kredit foto: YouTube Isa Isarb



Pelaksanaan misi bermula 30 Januari 2021 lalu, seawal 7.00 pagi, Isa Isarb bersama pasukan kerjanya ke kampung terbabit dengan enam kereta yang bergerak secara konvoi. Disebab satu kereta hanya boleh dinaiki dua orang, maka mereka terpaksa mengunakan enam kereta untuk membawa pasukan kerjanya yang kesemuanya daripada kalangan anak muda. 

Bagi menjayakana misi itu, teamnya diberikan penginapan di hotel terdekat yang mana menurutnya apabila dikira jumlah sewa penginapan sahaja mencecah RM20,000, sementara kos pengangkutan RM6,000.

Pemergian mereka terpaksa melalui beberapa sekatan jalan raya dan kesemua kereta pasukannya lepas. 

Hari pertama, mereka bergerak ke Kuantan terlebih dahulu untuk berkumpul sebelum pergi ke Chenor bersama ahli pasukan.

Peringkat pertama iaitu pada hari pertama dan kedua, mereka menyelesaikan urusan mengambil senarai barang perabot rumah keluarga yang memerlukan di samping memeriksa bahagian kerosakan binaan yang perlu diganti.


Enam kereta bergerak secara konvoi ke kampung terbabit, dinaiki team Isa Isarb. - Kredit foto: YouTube Isa Isaab.


Bertindak selaku kontraktor atau pihak pengurusan, penyampaian perabot diberikan melalui pembekal. Mereka kemudian menyampai perabot berkenaan termasuk kerja mengangkat dan menyusun atur barangan di semua ruang. 

Tugasan termasuk membaiki bahagian rumah yang rosak, yang diletakkan dalam kos 'kes khas.' 

Sebelum itu, Isa Isarb menemu bual tuan rumah mengenai barang yang diperlukan, ahli pasukannya menyenaraikan mengikut keperluan satu-satu rumah, diuruskan oleh petugas-petugas tertentu yang diamanahkan mengikut pembahagian masing-masing. Ini untuk mengelakkan kecelaruan dan memastikan kerja berjalan lancar.

Setelahkan itu barulah dicarikan vendor untuk membekalkan barangan yang diperlukan mengikut senarai.


Lori-lori membawa barang perabot. - Kredit foto: YouTube Isa Isarb



Hampir semua rumah memerlukan barang yang sama, seperti antaranya sofa untuk ruang tamu, katil dan tilam untuk bilik tidur, serta almari pakaian, almari dan almari dapur. 

Kebanyakan rumah juga mengalami kerosakan pada pintu, dipasangkan pintu baru untuk yang rosak teruk dan dicat semula untuk pintu yang masih boleh diguna.

Kerja baik pulih bahagian bangunan yang rosak juga dibuat seperti membaiki siling yang rosak dan atap yang bocor.


Kerja membaik pulih siling turut dilakukan. : Kredit foto: YouTube Isa Isarb.


Tugas utama adalah mengecat rumah, membabitkan penduduk kampung seramai 26 orang untuk kerja cat. Ada juga memerlukan bantuan untuk anak sekolah yang belajar online.

Dalam posting yang katanya ditaja OctaFx, kerja-kerja dalam misi kali ini dijayakan menggunakan peruntukan daripada penonton (viewer) saluran videonya, Isa Isaarb. 

Kerana itu dia mengambil masa tiga jam untuk memeriksa hasil kerja di semua rumah terbabit, demi amanah.


Isa Isarb (baju hijau lumut) memberi upah kepada yang membantu. - Kredit foto: YouTube Isa Isarb


Pada 10 Februari 2021, hari terakhir barang-barang sampai yang kelihatan dalam video tiga lori dan pasukan mereka melakukan kerja mengangkut dan memasang barang, dibantu oleh penduduk. 

Syabas diucapkan kepada pasukan kerja anak muda, Isa Isarb dan juga kepada rakyat Malaysia penonton saluran itu yang menjayakan projek berkenaan menerusi pemberian peruntukan.


Bergambar kenangan selepas misi selesai.... Isa Isarb (baju hijau lumut) bersama sebahagian daripada warga kerja pasukannya. - Kredit foto: YouTube Isa Isarb.

3
0
1
0
0
You will be interested