HATI-HATI bagi ibu bapa dalam menjaga anak-anak bagi mengelak diperlakukan tindakan jenayah seperti menculik.
Dilaporkan seorang lelaki menculik seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang dikenali sebagai A di Rappocini, Makassar, Sulawesi Selatan. Penjenayah itu berjaya menculik budak tersebut dengan hanya memikatnya menggunakan wang tunai Rp5 ribu (kira-kira RM1.50).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sulawesi
Kanak-kanak dikenali sebagai A dihantar pulang oleh seorang anggota polis. - Kredit foto: Tribun Sulsel.
Begini ceritanya. Ketika asyik bermain seorang diri, A dihampiri seorang penunggang motosikal.
Dia meletakkan empat tong gas masak LPG 3 kilogram ke atas motosikalnya kemudian masuk semula ke kedai dan memberitahu tuan kedai bahawa dia tidak mempunyai wang tunai mencukupi.
Lalu dia menawarkan kanak-kanak itu, yang didakwa anaknya, sebagai ‘jaminan’nya untuk dia kembali membawa wang.
Tuan punya kedai Haji Ghalib, 75, bagai dipukau cuma berdiam diri sementara lelaki itu berlalu membawa motosikal dengan empat tong gas berkenaan.
Setelah tersedar, tuan kedai bertanya kepada kanak-kanak itu mengenai kehilangan bapanya.
Alangkah terkejutnya tuan kedai itu apabila mengetahui cerita sebenar, kanak-kanak itu yang turut menangis ketakutan.
Setelah beberapa jam lelaki itu tidak muncul. Mengetahui dirinya telah ditipu dan kanak-kanak itu diculik membuat tuan kedai itu membuat laporan polis.
Perkara ini disah oleh Ketua Balai Polis Balla Parang, Aipda Syarifuddin pada Rabu, 19 Mei 2021.
Kanak-anak itu kemudian dibawa pulang ke rumahnya di mana emaknya, Asrawanti, 28, kelihatan mengelabah akibat kehilangan anaknya. Asrawanti diberitahu oleh anaknya bahawa dia ditarik menaiki motosikal dan dipukul beberapa kali oleh suspek. Lalu dia kemudian membuat laporan polis.
Ketua Balai Polis Balla Parang, Aipda Syarifuddin