Insan & Komuniti 24 Apr, 2020

DUDUK DI RUMAH!! TASK FORCE BAWA BANTUAN!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this
MEMASUKI bulan kedua penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak pandemik COVID-19, seluruh rakyat Malaysia tidak kira walau di mana mereka berada pastinya amat terkesan sehingga ada yang terputus sumber pendapatan dan hilang mata pencarian. Tidak terkecuali mereka yang duduk jauh di kawasan pedalaman dan sukar mendapatkan bantuan makanan. : KitaReporters

Bantuan dihantar menggunakan bot kerana kedudukan kampung yang jauh di pedalaman Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.


Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memang disambut baik oleh rakyat Malaysia

Siapa yang tak perlukan wang ketika ini. 

Tetapi, bagi penduduk kampung yang tinggal jauh di 'hujung tanjung' (perumpaan Melayu lama yang menggambarkan betapa jauhnya kawasan itu dengan petempatan lain) wang bukan segala-galanya, sebaliknya makanan menjadi keperluan utama. 

Tetapi dengan adanya PKP, pergerakan mereka amat terbatas dan sukar mendapatkan bekalan makanan.

Situasi inilah yang sedang dialami penduduk di kawasan pedalaman Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang yang mula terputus bekalan makanan dan memerlukan pihak tertentu menghantar bantuan kepada mereka.
Syabas kepada pihak yang prihatin laksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin!!! Pasukan Task Force UMNO Jerantut. 

Walaupun berdepan kesukaran, Pasukan Task Force UMNO Bahagian Jerantut tetap melaksanakan tanggungjawab mereka walau perlu mengharungi perjalanan sukar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan menaiki bot untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk di kawasan pedalaman di Ulu Tembeling. 

Malah mereka juga terpaksa menongkah arus Sungai Tembeling dan Sungai Sepia selama lebih satu jam untuk memastikan Bantuan Prihatin COVID-19  untuk penduduk lima kampung di pedalaman Ulu Tembeling itu sampai ke sasaran. 
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, bantuan itu diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Kampung Mat Daling, Bantal, Gusai, Pagi dan Kuala Sat yang terkesan semasa tempoh pelaksanaan PKP ini.


Pasukan Task Force UMNO Bahagian Jerantut menghantar bantuan barangan keperluan dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan menaiki bot.


Katanya, lebih 400 bungkusan bekalan keperluan asas makanan itu diserahkan kepada pengerusi JKKK bagi meringankan beban penduduk di kawasan pedalaman itu. 

Menurutnya, beliau bersama pasukan Task Force UMNO Bahagian Jerantut terpaksa  menaiki pacuan empat roda ke Kampung Pagi, Kuala Sat serta Mat Daling dan seterusnya menaiki bot ke Kampung Bantal dan  Gusai.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar berkata, kampung yang paling ulu ialah Kampung Gusai, di mana mereka terpaksa menaiki bot kecil menongkah arus Sungai Sepia lebih satu jam di mana sebelum itu mereka juga terpaksa menongkah arus sungai Tembeling ke Kampung Bantal. 

Bantuan dihantar menggunakan bot kerana kedudukan kampung yang jauh di pedalaman Ulu Tembeling, Jerantut.

Bantuan bekalan makanan asas untuk  penduduk di lima kampung yang terletak jauh di pedalaman Ulu Tembeling, Jerantut.


"Kesukaran ini tidak menjadi masalah, yang penting penduduk di  kawasan pedalaman yang rata-ratanya miskin tidak  ketinggalan mendapat bantuan. 

"Kita bimbang mereka terputus langsung bekalan makanan," katanya.

Sementara itu Pengerusi JKKK Kampung Gusai, Ahmad Bakar berkata usaha kerajaan itu amat dihargai oleh 70 keluarga penduduk kampung kerana mereka sukar ke bandar membeli makanan. 
"Perjalanan yang jauh, terpaksa menaiki bot dan kenderaan pacuan empat roda amat sukar kerana kebanyakan penduduk adalah penoreh getah, menangkap  ikan dan kerja kampung.
"Kami berterima kasih kepada semua pihak terutama pemimpin setempat yang sanggup hersusah payah menghantar bekalan makanan untuk kami," katanya.
Semoga penduduk di semua kawasan pedalaman seluruh negara menerima sumbangan bekalan asas makanan. Kita tidak mahu ada rakyat yang mengadu tidak menerima sebarang bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri masing-masing. - KitaReporters
0
0
1
0
0
You will be interested