Insan & Komuniti 29 Jun, 2021

Kempen kibarkan bendera putih! Jangan malu minta bantuan! Kita jaga kita! Ramai yang prihatin!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SETIAP hari ada sahaja berita masyarakat Malaysia yang tidak lagi mampu bertahan akibat tertekan dek kerana wabak Covid-19 yang menular sejak tahun lepas lagi (2020).

Oleh sebab itu, ada antara kita yang dibuang kerja dan kehilangan sumber pendapatan dan menyebabkan terpaksa mengikat perut kerana masalah kewangan yang berlaku ini.

Hendak merayu pertolongan, segan sangat sehingga satu keluarga terpaksa berkurung di dalam rumah dan tertekan kerana masalah kewangan.

Rata-rata dari kita memilih untuk tidak menyuarakan masalah dan berdiam diri sahaja.


Lagi cerita-cerita perlu bantuan berkaitan tolong kami


Kini tular dalam media sosial, rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #KempenBenderaPutih yang meminta orang ramai yang dalam kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.

Rata-rata netizen menyokong kempen ini untuk membantu masyarakat kita yang sedang susah.



Mereka semua berpesan kepada orang di luar sana yang sangat memerlukan agar jangan takut atau malu meminta kerana beranggapan tidak semua orang faham situasi yang dialami. 

Gunalah peluang ini, naikkan bendera putih di hadapan rumah, moga lebih ramai yang prihatin.



Jadi kepada anda semua caknalah akan kempen kibar bendera putih untuk tolong mereka yang sangat memerlukan.

Pengacara terkenal Malaysia, Datuk Aznil Nawawi juga menyokong kempen ini dengan memuat naik status #KempenBenderaPutih di laman Twitternya.

Ingat, jangan lakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan berdosa sehingga memudaratkan diri dan keluarga. Jangan pernah mengalah, masih ada yang sudi membantu, percayalah! - KitaReporters


3
0
0
0
0
You will be interested