Insan & Komuniti 01 Apr, 2021

Video| Demi keluarga di kampung! Pengawal keselamatan hanya makan nasi kosong, bawang, kuah air

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Foto  yang dimuat naik akaun FB @Apit Lid pada Ahad, 7 Mac 2021 terus tular. 


RAMAI orang kampung berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan bagi kehidupan sendiri dan membantu keluarga meliputi ibu bapa dan adik beradik di kampung.

Tetapi sebahagian orang kampung itu ‘berjuang’  secara tidak selesa di bandar. Mereka terpaksa ‘mengikat perut’ dan tidak mengecap kehidupan selesa di bandar demi memikirkan kehidupan di kampung.

Kisah dan gambar yang dimuat naik dalam Facebook @Apit Lid pada Ahad, 7 Mac 2021 lalu meruntun hati netizen yang mengikutinya.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan

Betapa tabahnya si pengawal keselamatan ini memberi 95 pendapatannya kepada keluaga di kampung.

Dalam postingannya, Apit Lid menyatakan pemuda yang tidak dinyatakan biodatanya adalah seorang rakannya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Lembah Klang

Apa yang cuba disampaikan oleh Apit Lid ialah cekalnya si pengawal keselamatan ini menjalani hidup berjimat dan serba kekurangan di Lembah Klang demi memberikan wang belanja secukupnya buat keluarga di kampung.

Menurut Apit Lid, pengawal keselamatan itu memperuntukkan 95 peratus pendapatannya dihantar ke kampung untuk keperluan keluarganya di kampung.

Dia hanya menggunakan 5 peratus pendapatannya untuk keperluan peribadinya. Bagi memastikan dapat hidup berjimat, pegawal keselamatan itu membawa bekal setiap hari bertugas.


Si pengawal keselamatan ini merasai juadah yang dibawanya.



Bekalannya hanya nasi kosong, sementara lauknya adalah bawang merah dan bawang putih mentah dan air kosong sebagai kuah.

Hampir tidak percaya adanya insan yang sanggup makan secara itu. Tetapi itulah hakikatnya yang dilakukan oleh si pengawal keselamatan ini. 

Foto dalam FB Apit Lid memperlihatkan pengawal keselamatan itu sedang menikmati bekal yang dibawanya bekerja serta kandungan bekalannya.

Berbeza daripada bekal yang biasa dibawa oleh pengawal keselamatan lain yang mempunyai beberapa jenis lauk,  dia hanya membawa nasi diberi kuah air dengan lauk bawang merah dan bawang putih mentah.

Si pengawal keselamatan itu merasalah makan agak selesa jika dibelanja rakan setugas termasuk Apit Lid. - KitaReporters


Bekal si pengawal keselamatan berupa nasi kosong, dan lauknya bawang merah dan bawah putih mentah.

0
1
4
1
1
You will be interested