Insan & Komuniti 27 Aug, 2021

Video| Kerana fobia, ibu belajar memandu 30 tahun! Ikuti 1k kelas, belanja RM58k! Masih gagal!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
...


Dari seorang berusia remaja dan kini Isabelle Stedman, 47, sudah 30 tahun belajar memandu dan telah menghabiskan 1,000 kelas belajar sehingga mengeluarkan wang sebanyak £10,000 (RM58,000) untuk kelas memandu

Wanita itu mula belajar memandu ketika berusia 17 tahun dan kini sudah mempunyai dua anak, tetapi masih tidak mempunyai lesen memandu.


Isabelle kecewa sudah 30 tahun tahun menghadapi ujian memandu tetapi masih tidak mendapat lesen memandu. - Kredit foto: Daily Star

Ia kerana Isabelle mempunyai fobia apabila diuji memandu kenderaan. Dia mempunyai sifat gemuruh apabila memasuki kereta ketika diuji

Menurut laporan Daily Star, sepanjang latihan memandu dia tidak pernah mengalami kemalangan. 

Namun apabila diuji oleh juruuji, perasaan gemuruh dan berpeluh tiba-tiba datang, malah dia boleh jadi tidak sedar diri ketika diuji memandu. Akibatnya setiap kali ujian, dia gagal.


...

Fobia ketika menjalani ujian memandu menyebabkan kegagalannya. - Kredit foto: Daily Star

...
Isabelle berjanji akan membawa dua anaknya melancong keliling England setelah mendapat lesen yang sah. - Kredit foto: Daily Star

Pernah ketika ujian dijalankan, juruuji meninggalkannya di tepi jalan dan membawa pulang kereta ujian ke tempat ujian memandu akibat kejadian fobia Isabelle. 

Peristiwa itu benar-benar menyakitkan dan membuat dia sanggup mengambil pula kelas memandu khusus dan menjalani khusus hipnosis bagi menghilangkan fobianya

Namun setelah mengambil kursus memandu khas dan menjalani terapi fobia, wanita berusia 47 tahun ini masih tidak lulus ujian memandu. Bagaimanapun, beliau berputus asa. 

Setelah lulus ujian, si ibu ini bercadang membawa dua anaknya Dominic, 22, dan Stella, 17, melancong ke seluruh England dengan memandu kereta.  - KitaReporters


0
0
0
0
1
You will be interested