SIAPA pun tidak dapat menduga apabila rumah tangga pasangan yang berkahwin bakal berdepan dengan kemusnahan apabila berlakunya penceraian di atas sebab-sebab tertentu. Malangnya keruntuhan rumah tangga itu berpunca daripada tindakan salah seorang daripada pasangan dengan menjalinkan hubungan sulit tanpa diketahui pasangannya. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan pembunuhan:
https://kitareporters.com/search?search=pembunuhan
Pada 26 September 2020 lalu di Turki, seorang isteri telah merancang untuk melakukan pembunuhan terhadap suaminya dengan bantuan kekasih gelapnya.
Apakah motif sebenar wanita ini sehingga sanggup melakukan perbuatan jenayah tersebut terhadap suaminya sendiri.
Adakah kerana ingin membalas dendam atau berhasrat mengaut keuntungan atas harta kekayaan si suami atau perancangan daripada ‘kekasih baharu’ untuk hidup bersama dengan harta peninggalan suami wanita itu jika dapat dibunuh?
Bukan pelik dan aneh kejadian jenayah seperti membunuh dalam kalangan ahli keluarga terutama suami isteri seakan dilihat menjadi normal dalam kehidupan manusia hari ini. Di mana silapnya?
Yagmur Asik telah dituduh berkomplot dengan kekasihnya untuk membunuh suaminya dengan mengupah seorang pembunuh kontrak dengan bayaran AS$1.2 juta,menurut laporan media tempatan.
Yagmur, 27, telah berkahwin dengan Emre Asik bekas bintang bola sepak antarabangsa Turki pada 2012, dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Rumah tangga mereka mula berantakan apabila Yagmur disyaki mempunyai hubungan sulit dengan kekasihnya Erdi Sungur.
Suaminya Asik,46, akhirnya berjaya menghidu hubungan terlarang isterinya dan telah memfailkan dokumen perceraian.
Dalam satu laporan akhbar terkemuka di Turki iaitu Hurriyet, Yagmur kemudiannya dituduh cuba membunuh suaminya dengan bantuan kekasihnya. Yagmur dan Sungur kini telah ditahan oleh pihak berkuasa Turki sebelum menunggu perbicaraan kerana cubaan membunuh.
Yagmur Asik - Kredit foto: Instagram yagrmursarnic_official
Dalam kenyataan itu, kekasih Yagmur cuba mendapatkan semula dokumen pendakwaan dari pejabat pendakwa raya kerana ingin melakukan pindaan pertuduhan kes pembunuhan itu sebelum beralih kepada pembunuh upahan.
Di pejabat pendakwa
raya Sungur telah disoal bagaimana
beliau telah merancang untuk membunuh Emre
Asik.
Sungur
memberitahu pendakwa: "Saya mengakui mempunyai hubungan intim dengan
Yagmur. Dia meminta saya untuk membunuhnya, tetapi saya enggan.
“Dia hanya memikirkan nasibnya selepas kematian Emre Asık. Kemudian dia membawa kepada saya sekeping daging. Dia mahu saya menembak daging itu. Saya cuba untuk menembak, tetapi saya tidak dapat lakukan.
"Dia menjerit dan marah kepada saya dan bertanya kenapa tidak boleh melakukannya," jelas Sungur.
Saat-saat bahagia bagi pasangan Emre Asik bersama isterinya Yagmur Asik ketika foto majlis perkahwinan mereka dirakam pada tahun 2012. - Kredit foto: Hurriyet
Selepas gagal membunuh Asik dengan tangannya sendiri, suspek (Sungur) telah menghubungi pembunuh kontrak itu.
Yagmur telah membekalkan senjata api untuk si pembunuh
itu melakukan tugasannya dan dia hanya membantu dalam melupuskan mayat suaminya.
Misi
pembunuhan itu akhirnya gagal apabila pembunuh kontrak itu tiba-tiba berubah fikiran dan telah mengubah rancangan
pembunuhan itu dengan mendedahkan segala-galanya kepada Asik (mangsa).
Nasib Yagmur dan Sungur kini pada tangan hakim yang akan melakukan perbicaraan di atas pertuduhan cubaan membunuh.
Asik pernah mewakili ketiga-tiga kelab utama Istanbul iaitu Galatasaray, Fenerbahce dan Besiktas serta pernah memenangi 34 cap untuk Turki semasa di puncak kerjaya bola sepaknya. - Kitareporters
Sumber:
https://www.vanguardngr.com/2020/09/wifes-alleged-plot-to-kill-footballer-husband-backfires-horribly