Insan & Komuniti 28 Oct, 2020

Tolong kami! Warga emas perlukan RM5,600 untuk bedah mata!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this

WARGA emas Hanapiah Mahmud, 76, yang tinggal di Gelong Rambai, Jitra memerlukan RM5,600 untuk menjalani pembedahan pada kedua-dua belah mata di Sungai Petani, Kedah. Pembedahan kedua-dua matanya itu tertangguh sejak Pandemik Koronavirus 2019 (COVID-19) melanda negara pada Mac 2020 lalu. : KitaReporters



Hanapiah Mahmud menjual kuih di tepi jalan berhampiran Hospital Jitra, Kedah.


Lagi cerita-cerita berkaitan warga emas:

https://kitareporters.com/search?search=warga+emas


Beliau yang ditemui berkata, kedua-dua belah matanya kurang jelas dan doktor yang merawatnya memaklumkan pembedahan perlu dilakukan bagi membuang selaput mata.

"Pakcik akur dan mula mengumpul wang untuk menjalani pembedahan mata seperti yang dimaklumkan oleh doktor," katanya ketika ditemui di rumahnya.


Muhammad Saniy Samsudin (kanan sekali) bersama Nur Fatin Najwa Peteri serta Nur Sabrina Samsudin mengunjungi warga emas.


Sementara itu, pelajar Pengurusan Awam, Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (Pace) Universiti Utara Malaysia (UUM) Nur Fatin Najwa Peteri bersama rakan pengajian Nur Sabrina Samsudin dan Presiden Inapan Siswa Malten UUM Muhammad Saniy Samsudin sempat menziarahi rumah warga emas ini dan isterinya Doyah Kasa, 70, untuk mendapatkan maklumat bagi membantu mereka.

Dalam pertemuan itu mereka mendapatkan nombor akaun Maybank milik Hanapiah Mahmud iaitu 152068789172.



"Setiap hari pakcik ini akan menjual lepat pisang, tepung bungkus dan pulut udang yang dibuat oleh isterinya, Doyah Kasa," kata Nur Fatin Najwa Peteri 23.

Katanya lagi, "setiap pagi mak cik Doyah akan bangun pada jam tiga pagi untuk membuat kuih yang akan dijual di tepi jalan berhampiran Hospital Jitra oleh pak cik Hanapiah."



Orang ramai membeli kuih Hanapiah dan isteri, Doyah Kasa.


Dalam pada itu, Muhammad Saniy Samsudin yang ditemui berkata, hasil perbincangan dan pandangan daripada Pengetuanya Dr Rohani Abdullah membuatkannya mengunjungi Hanapiah untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi tindakan Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS) Biro kebajikan dan Keselamatan.

"Biro Kebajikan dan Keselamatan serta JKPS akan cuba membantu pakcik ini bagi mengumpul dana untuk pembedahan matanya nanti," ujarnya.


Muhammad Saniy Samsudin


Semasa pertemuan di rumah Hanapiah, mereka dimaklumkan, penjualan kuih ini bermula pada pukul dua petang setiap hari dan mereka juga bersedia menerima tempahan daripada penduduk kampung.

Mereka yang ingin membantu Hanapiah Mahmud ini boleh menghubunginya melalui talian 012 5328845 untuk keterangan lanjut atau boleh menyumbang terus ke akaun Maybank milik Hanapiah Mahmud bernombor 152068789172. - KitaReporters


Hanapiah menjual lepat pisang, tepung bungkus dan pulut udang. 


Isteri Hanpiah, Doyah turut membantu.


Pelajar sekolah turut membeli kuih yang dijual.

4
0
2
0
0
You will be interested