Insan & Komuniti 19 Apr, 2021

Video| Terminum susu! Tiba-tiba tak puasa! Sweet betul usikan Shukri Yahaya dekat anaknya Ameena

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


BILA tiba bulan Ramadan, pasti karenah anak-anak mencuri tumpuan sebab mereka cuba untuk culas berpuasa. Tetapi nama pun anak masih kecik kan. Lumrah la tu.

Jika anak-anak kita masih kecil dan dapat puasa setengah hari juga adalah satu bonus untuk ibu bapa. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shukri Yayaha



Pelakon drama popular di Malaysia, Shukri Yahaya mencuri tumpuan netizen apabila beliau cuba menjawab soalan adiknya dalam bentuk nyanyian kepada soalan sama ada anak perempuannya berpuasa atau tidak. 

Biarpun nyanyian tu hanya seketika tapi jawapan tu nampak kelakar!!!


"Terminum susu...

Termakan mantos... 

Tertipu ayah...

Tiba-tiba tak puasa...

Tiba-tiba tak puasa..."  


Jawapan spontan tu juga menyebabkan anaknya, Aaira Ameena tersipu malu, namun tetap kelihatan kecomelan di situ.

Jika dilihat dalam ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan ada juga memuji anaknya yang tampak comel.






Nasib baik budak tu tak menangis kena usik. Tapi kan, dia faham tak yang ayah dia tu tengah perli dia. Ehheeheheh.

Untuk ibu bapa di luar sana. Jika anak anda tidak mampu berpuasa, tidak usah paksa, kita didik dia pelan-pelan erti puasa. - KitaReporters


Kredit foto: IG Shukri Yahaya

4
0
0
0
0
You will be interested