Poe dan Zainal menubuhkan kumpulan Rampa (singkatan rambut panjang) dengan menumpukan lagu-lagu kritikan sosial.
Antara lagu yang paling popular ialah ‘Ala La La Tok (Jangan Saman)’ pada 1994.
Sebelum bergiat sepenuh masa sebagai penyanyi, Poe merupakan kartunis, bekerja dengan majalah ‘Gelihati’ pada tahun 1980-an.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak. Poe sudah lama sakit dan sudah beberapa kali keluar masuk hospital.
Menurut isterinya, Nor Aishah Zakaria, 54, pada mulanya Allahyarham suaminya dimasukkan ke Hospital Selayang sejak minggu lalu akibat masalah jantung, buah pinggang dan hati yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Nor Aishah, suaminya tidak boleh makan dan sukar untuk mengangkatnya kerana tubuhnya agak berat.
Melihatkan keadaannya yang lemah, anaknya menghubungi ambulans untuk membawanya ke HKL, memandangkan rumah mereka tidak begitu jauh dari HKL.
Ketika dibawa ke hospital, Poe membayangkan dirinya akan pergi kerana merasa ada kelainan pada dirinya.
Dia dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedar diri.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor. - KitaReporters