Kredit foto: IG Mompha
MELIHAT gayanya tidak seperti kanak-kanak sebayanya dengannya, tampil dengan penampilan kemas yang dipadankan dengan jenama mewah tampil kelihatan si kecil berusia 9 tahun itu kelihatan segak.
Mungkin bagi kanak-kanak sebaya, banyak masa dihabiskan dengan bermain selain melakukan aktiviti sekolah.
Namun berbeza dengan Muhammed Awal Mustapha atau Mompha Junior dari Abuja yang juga anak sulung kepada seorang selebriti Internet dari Lagos, Nigeria yang sentiasa berada dalam kemas seperti gaya eksekutif muda.
Malah sebahagian masanya banyak dihabiskan di perut pesawat mewah apabila sentiasa ulang alik dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Abuja, Nigeria.
Dia juga diberikan jolokan 'bilionair termuda' sesuai dengan gayanya seperti usahawan berjaya selain memiliki harta kekayaan sendiri.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bilionair
Lebih dahsyat si kecil itu kini mempunyai 25,700 pengikut sendiri dalam media sosial. Malah setiap hari, aksi gaya memenuhi ruang dalam media sosial sambil berkongsi aktiviti hariannya.
Biarpun usia masih kecil namun Mompha Junior sudah memiliki sebuah kediaman mewah serta sejumlah kereta mewah.
Semuanya itu dihadiah oleh bapanya, Ismailia Mustapha yang juga dikenali Mompha.
Memetik laporan Daily Mail, si kecil tersebut mempunyai rumah pertamanya ketika berusia enam tahun dan berpeluang mengembara ke seluruh dunia menggunakan jet peribadi bersama bapanya.
Untungnya kau dik! Kecil-kecil dah dapat rasa...
Ketua Pengarah Eksekutif Lagos Bureau De Change itu dilaporkan mempunyai nilai kekayaan berjumlah AS$15 juta (RM63 juta).
Biarpun belum boleh memandu, Mompha dihadiahkan sejumlah kereta sport mewah dengan antaranya Ferrari berwarna kuning yang diletakkan di kediaman mewah di Dubai. Malah dia juga memiliki beberapa buah lagi kereta mewah khusus digunakan untuk bilionair cilik berkenaan.
Bapanya sering berulang alik dari Nigeria dan UAE bagi menjalankan perniagaannya.
Biarpun masih kecil namun gaya yang ditampil menunjukkan anak kecil itu kelihatan matang dan bergaya. Malah ibunya juga dilihat sering bergaya dengan jenama mewah. - KitaReporters