Insan & Komuniti 12 May, 2021

Video| Nasihat Sultan Selangor! Duduk di rumah, jangan berhimpun, berdoa hentikan wabak COVID-19

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this


SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang bimbang dengan peningkatan kes baharu dan kematian COVID-19 terutama di Selangor menasihati penduduk negerinya agar tidak meneruskan amalan tradisi hari raya termasuk pulang ke kampung dan ziarah kunjung mengunjung sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 1442H/2021M ini sebaliknya perlu sama-sama menghentikan penularan wabak berbahaya itu sepenuhnya.

Sehubungan itu, baginda juga mahukan rakyat jangan mengambil mudah bahaya wabak pendemik ini dan terus peka dengan situasi terkini di lokasi masing-masing.

Langkah ini, tegas baginda Sultan sebagai usaha ke arah mengelakkan wabak berbahaya ini daripada terus merebak hingga sukar dikawal. 


Lagi cerita-cerita berkaitan Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenaan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah kepada semua umat Islam khususnya di Selangor. - Kredit foto: FB Royal Selangor Office.


Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan titah baginda pada perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Selangor pada Isnin 10 Mei 2021 dengan tema "Duduk di Rumah, Jangan Berhimpun dan Berdoa Hentikan Wabak".

Turut sama mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk seluruh umat Islam khususnya di Selangor dan amnya seluruh negara ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.



Disebabkan meningkatnya jumlah kes baharu COVID-19 yang berbahaya ini, baginda menyeru rakyat menyambut hari raya kali ini dalam suasana sederhana dan waspada memandangkan Selangor masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malahan baginda Sultan sangat bimbang dengan kes-kes jangkitan baharu dan kematian akibat COVID-19 di Selangor yang semakin meningkat setiap hari.

"Rakyat perlu berkorban supaya tidak meneruskan amalan biasa hari raya seperti balik kampung dan kunjung mengunjung demi mengelakkan wabak berkenaan terus merebak hingga sukar dikawal," pinta Sultan Selangor.



Sultan Sharafuddin bertitah dan berpesan supaya rakyat jangan mengambil mudah mengenai bahaya pandemik ini sebaliknya perlu terus peka dengan perkembangan serta keadaan terkini di tempat masing-masing.

Pada perutusan itu juga, baginda mahu setiap individu yang perlu keluar ke tempat awam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan khususnya memastikan penjarakan fizikal satu meter dan pemakaian pelitup muka setiap masa.

Sultan Selangor tidak mahu melihat lebih banyak kes kematian akibat COVID-19 ini dan menyeru rakyat sama-sama membantu pihak berkuasa menghentikan sepenuhnya penularan wabak serius yang berbahaya ini. - KitaReporters



0
0
0
0
0
You will be interested