Insan & Komuniti 28 Jan, 2021

Video| Nabil Ahmad rasa baru kenal Islam! Rasa baru kenal Nabi! Selepas 3 hari bersama tabligh

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


Jika tidak ditularkan, siapa boleh sangka seorang pengacara dan pelawak terkenal tanah air sanggup meninggalkan dunia popularitinya untuk turun berdakwah?

Baru-baru ini, telah tersebar sebuah video dalam laman media sosial yang jelas menunjukkan Nabil Ahmad memberi ucapan dan berkongsi pengalamannya selepas mengikuti jemaah tabligh selama tiga hari, tiga malam.

Video yang disebarkan dalam laman Facebook itu berjaya mendapat perhatian netizen apabila pengacara rancangan MeleTOP berkenaan menceritakan bagaimana perasaannya sepanjang bersama jemaah tabligh.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Nabil Ahmad

https://kitareporters.com/search?search=nabil+ahmad




Beliau turut berkongsi apakah bentuk ‘ibrah’ yang diperoleinyah sepanjang tiga hari, tiga malam bersama jemaah dakwah berkenaan bagi tujuan untuk fokus beribadah dan berdakwah.

Ternyata Nabil benar-benar menyatakan keikhlasannya menerusi video tersebut apabila beliau terasa terharu kerana beliau baru mampu menghayati suasana ibadah sebenar pada usia 37 tahun. Ibadah yang Nabil maksudkan adalah seperti tahajud, qiamullail dan majlis talim.

Tidak mampu menahan sebak di hati, Nabil meluahkan rasa kesal dan sedih kerana beliau tidak berbuat sedemikian sejak usia muda. Malah turut dilihat menangis dan berkata pada usia sebegitu dia baru mula ingin mengenal agama Islam atau tentang kisah-kisah Nabi.



“Suasana ni tak pernah tengok. Tahajud haritu bangun, adik-adik mengaji abang Nabil menangis dekat tempat ambil wuduk sana sorang-sorang.

“Tak pernah tengok, tak pernah tahu ada suasana macam ni. Tak pernah tahu. Bayangkan, umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ini.

Abang Nabil ni yang baru nak ‘masuk’ Islam, baru nak kenal Islam, baru kenal Nabi. Baru kenal Nabi siapa, baru nak menangis pasal Nabi. Apa Nabi buat dulu, sahabat buat dulu baru Abang Nabil tahu,” kongsinya kepada jemaah yang hadir bersama.


Di sebalik kesedihan itu, beliau zahirkan rasa terharu dan mengakui pengalaman ini juga adalah detik paling bahagia kerana  mendapat peluang untuk mengenal Islam dengan lebih mendalam.

Jatuh cinta dengan jihad dalam menuntut ilmu agama, Nabil berazam ingin menyertai mereka lagi selepas ini untuk tempoh yang lebih lama.

“3 hari inilah, hari paling malu dalam hidup saya. Hari pertama saya datang, adik tu baca Surah Nun tu saya malu ustaz. Saya tak pernah rasa semalu ni.

“Saya berazam lepas ni saya keluar 40 hari, lepas tu kita keluar 4 bulan. Doakan abang Nabil, abang Nabil azam bawak kawan-kawan. 3 hari yang cukup bahagia, cukup hebat untuk abang Nabil. Alhamdulillah,” ujarnya lagi. - KitaReporters



17
2
4
2
0
You will be interested