Insan & Komuniti 13 Jul, 2020

Hadiah ulang tahun! Suami ibu Neelofa beri BMW putih KY 1!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
MENERIMA ucapan ‘Selamat Ulang Tahun’ dan kucupan mesra daripada pasangan adalah antara detik bahagia bagi pasangan suami isteri. Dan pasangan biasanya akan memberikan hadiah yang bersesuaian dengan kemampuan.  Bayangkan jika hadiah yang diterima melangkaui impian. : KitaReporters  

Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang awet muda bersama suami dan anaknya Neelofa


Begitulah yang dialami ibu selebriti dan usahawan popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang menerima sebuah kereta mewah jenis BMW warna putih daripada suaminya, Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan sempena ulang tahun ke-54 pada 8 Julai 2020 lalu.

Noor Kartini meluahkan rasa syukur dan terharu bukan disebabkan hadiah berkenaan sebaliknya usaha suami merancang kejutan istimewa tersebut. 

Noor Kartini yang merupakan seorang usahawan ini memuat naik foto hadiah kereta mewah jenis BMW dengan nombor plat KY 1 dalam laman Instagram miliknya.

Datin Tini mencurahkan kesyukuran atas perhatian suami pada hari ulang tahunnya ke-54.


Ruang komen dalam perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan kata-kata ucapan hari lahir dan doa buat Noor Kartini dan suaminya. 

Dalam pada itu, Noor Kartini juga mendoakan agar Allah sentiasa melindungi dan memberkati rezeki suaminya serta dikurniakan kesihatan yang baik. 

"Semoga Allah merahmati, sentiasa menyayangi serta melindungmu dan memberkati rezekimu sayang dengan kesihatan yang afiyah... amin. Love you sayang," ujarnya.

Anggota keluarga turut meraikan majlis ulang tahun Datin Tini ke-5. Kredit foto: IG noorkartini


Noor Kartini yang lebih mesra dipanggil Datin Tini, merupakan pengusaha Naelofa Hijab dan Young and Glow Foundation berparas awet muda, walaupun sudah berusia 54 tahun. 

Wanita dari Pasir Mas, Kelantan yang lahir pada 8 Julai 1964 ini mempunyai 9 cahaya mata hasil dua perkahwinan.

Datin Tini dipeluk mesra oleh suami

3
3
2
1
0
You will be interested