Insan & Komuniti 13 Jul, 2020

Bunuh kucing dalam mesin pengering! Mahukan tindakan tegas!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Kes membunuh haiwan-haiwan yang tidak berdosa apatah lagi haiwan yang menjadi peliharaan ramai nampaknya menjadi-jadi. Banyak cerita penderaan dan kekejaman dilaporkan dalam media sosial, termasuk kejadian membunuh kucing atau si bulus yang menjadi haiwan kesayangan ramai orang. Sehubungan itu, netizen mendesak agar tindak tegas serta keras diambil terhadap pelaku-pelaku yang tidak berprikemanusiaan ini. : KitaReporters

Salah seekor daripada tiga ekor kucing yang dibunuh dengan cara memasukkanya ke dalam mesin basuh.


PADA tahun 2018 masyarakat Malaysia dikejutkan dengan kejadian kejam tiga lelaki yang tidak berperikemanusiaan membunuh seekor kucing jalanan yang sedang bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Gombak, Selangor. 

Perbuatan kejam pada kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai dobi terbabit dan tular dalam media sosial sehingga mendapat kecaman ramai.

Pesalah telah pun dijatuhkan hukuman setimpal dengan kekejamannya itu. 


Namun, kes tersebut nampak gayanya tidak memberi pengajaran kepada orang ramai apabila terbaharu, berlaku lagi kes seumpama itu.

Cara yang sama seperti kes terdahulu, kali ini berlaku di Kepong Kuala Lumpur. 

Malah,lebih kejam, ia melibatkan tiga ekor kucing. Berita itu dikongsi oleh Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan.

“Ini kejadian kedua pembunuhan melibatkan mesin dobi. Saksi yang mendakwa lihat kejadian dan pemilik kedai dobi yang memiliki rakaman CCTV digesa sama-sama laporkan kejadian kepada pihak polis dan seterusnya panjangkan laporan ke pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

“Saksi kejadian diminta menyimpan tubuh kucing yang mati sehingga Unit Regulatori DVS datang buat siasatan di tempat kejadian. 

"Pembuktian ini amat penting untuk kes yang kukuh dan pendakwaan,” tulis kenyataan tersebut.


Selain itu, MAA turut berkongsi rakaman penuh video yang menunjukkan bagaimana tiga ekor kucing malang tersebut disumbat ke dalam mesin basuh.

“Kejadian berlaku hari ini (Ahad, 12 Julai 2020) jam 5.30 pagi di sebuah kedai dobi di Desa Aman Puri, Kepong Kuala Lumpur sangat sadis dan zalim. 

"Tiga nyawa sekali gus melayang tanpa sebab dilakukan oleh seorang lelaki Melayu dalam lingkungan umur 30-an.

“Kes ini adalah kali kedua dalam sejarah negara melibatkan pembunuhan kucing dalam mesin dobi selepas yang pertama berlaku pada bulan September 2018 melibatkan pelaku tiga lelaki India,” tulis pihak MAA.

Rakaman video menunjukkan bagaimana lelaki tersebut memasukkan kucing ke dalam mesin basuh.

Rata-rata netizen sangat terkesan dengan kejadian yang sangat zalim itu dan meminta agak pihak berkuasa menangkap penjenayah tersebut secepat mungkin dan menjatuhkan hukuman setimpal.

Orang ramai berharap pihak berkuasa lebih tegas dan berjaya menangkap pesalah ini.


Berikutan kejadian tidak berperikemanusiaan ini, Animal Malaysia mahu kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. 

Hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000.00 menanti pelaku di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. - KitaReporters

0
0
2
0
1
You will be interested