Insan & Komuniti 08 May, 2020

Ashraf berat hati tinggalkan rakan sewad! Dah macam saudara!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PELAKON Ashraf Muslim akhirnya pulang ke rumah semalam, Khamis, 7 Mei 2020 setelah 25  hari menjalani kuarantin dan rawatan di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh, Selangor. Sebenarnya dia boleh balik lebih awal, tapi meminta kebenaran untuk terus kekal selepas bulan Ramadan bermula. Kenapa pulak? : KitaReporters


Mungkin ramai yang tertanya mengapa Ashraf menjalani rawatan begitu lama. 

Kebiasaannya tempoh kuarantin dan rawatan bagi pesakit Covid-19 tidak melebihi 14 hari. Serius sangatkah sakit yang dialami oleh Ashraf?

Sebenarnya Ashraf sudah boleh pulang sehari sebelum Ramadan iaitu pada 23 April 2020.

Namun dia meminta untuk menambah masa kuarantin di pusat kawalan kusta itu bagi dapat merasa suasana berpuasa bersama rakan-rakannya di wad 31, pusat itu.

Dia ingin berasa solat bersama, bertarawih dan mendengar tazkirah sesama anggota yang sudah menjadi bagaikan saudara dalam wad berkenaan.


Bagi Ashraf itu adalah pengalaman manis seumur hidupnya bersama teman sewad yang sudah dianggap sebagai saudara

Pengalaman manis ini tidak akan diperolehi seandainya dia tidak menjadi penderita Covid-19.

Dalam Instagramnya @ashrafmuslim, dia memuatnaikkan satu video berdurasi 10 minit, 51 saat yang  mencatatkan detik perpisahan dengan rakan-rakan sewad serta petugas barisan hadapan terutama doktor dan para jururawat dalam suasana yang mengharukan.


Perasaan Ashraf dapat dikuti melalui luahannya dalam instagramnya seperti berikut.

"Khamis, Pengakhiran di Wad31

"Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini.

Mereka telah ku anggap sbg keluargaku.. Allahuakbar.. tak boleh nak terjemahkan perasaan ini... 3 hari sblum balik mmg sayu utk tinggalkan wad. 

"Saya mohon maaf kepada pakcik, abang2 dan adik2 warga Wad 31 dan rakan2 Dr dan nurse yg menjaga saya dan rakan2 saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya. 

"Tak lupa juga kepada mereka yg menyumbang makanan dan minuman kepada kami disini. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua.

"Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit2 semuanya dtg dr pelbagai kaum, agama dan latarbelakang tapi hanya satu sahaja yg kami inginkan iaitu ‘ketenangan’. 

"Jangan risau sahabat.. Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu.

"Oh ya.. Saya sekali lagi ingin meminta maaf kepada kawan-kawan semua termasuk rakan2 artis dan wartawan yg ada bertanyakan bila saya boleh keluar dr wad. Tapi saya sentiasa mengelak utk menjawabnya. 

"Sebenarnya.. saya sudah lama negatif pada sehari sebelum ramadan dan saya memilih tinggal di wad 31 utk kuarantin kan diri di wad. 

"Byk sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan ramadan dan ibadah yg dapat buat bersama-sama dgn pesakit. 

"Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang. Maafkan saya kalian dgn tindakan saya itu.

"Akhir kata.. Sama-sama kita doakan semoga pesakit-pesakit Covid19 cepat pulih dan dapat berjumpa dgn ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini.. InsyaAllah. 

"Terima kasih Allah kerana memilihku sbg pesakit covid19. Syukur kepadamu ku merasa nikmatnya."


Ashraf terkena jangkitan Covid-19 ketika menjalani penggambaran drama bersiri ‘Demi’ dan pulang ke Malaysia pada 31 Mac 2020. 

Dia menjalani kuarantin di rumah dan pada 12 Mac 2020 dijemput untuk menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Sungai Buloh. 

Tidak lama kemudian dia dipindah ke Pusat Kawalan Kusta, Sungai Buloh. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested