Insan & Komuniti 28 Apr, 2020

PKP DILANJUTKAN: BANTUAN SYAWAL DIPERCEPAT!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

“KAMI simpati dan kami tidak mahu mereka berkecil hati kerana tidak menerima apa-apa bantuan sedangkan di atas kertas mereka wajar mendapatkan pembelaan kerana hidup susah. Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan bagi menyekat penularan wabak Covid-19, kami percepatkan Program Bantuan Sempena Syawal untuk keluarga terbabit,” kata Ketua Penyelaras program itu, Saharani Abdullah. : KitaReporters


Ketua Penyelaras program, Saharani Abdullah


Program yang masuk tahun ketiga itu dianjurkan penduduk empat apartmen iaitu Zapin, Inang, Ghazal dan Qasidah di Taman Impian Ehsan 3 (TIE3),  Balakong, Selangor, untuk  meringankan bebanan keluarga ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan bukan penerima bantuan zakat yang memiliki tanggungang ramai.

Mereka itu didapati tidak disenaraikan untuk menerima bantuan keperluan harian berikutan pelaksanaan PKP dan juga bantuan sempena Ramadan.

Pelbagai barangan keperluan harian yang akan dibungkus sebelum diagihkan kepada keluarga ibu tunggal, OKU dan bukan penerima zakat. 


Barangan keperluan harian dibeli hasil kutipan dana daripada penduduk empat apartmen berkenaan selain derma  individu luar dari kawasan itu termasuk sumbangan pasukan badminton TIE3 taman berkenaan.

Antara barangan yang disalurkan itu seperti beras, gula, minyak masak, susu, telur, mi segera, teh, tepung gandum, bihun, sagu, kacang hijau, gula Melaka, sos cili, cili boh, garam dan bawang.

Pengerusi Apartmen Zapin, Zulkifli Abu Bakar (kanan) menyerahkan bungkusan barangan kepada Sued Yusha.


Saharani berkata, selalunya sumbangan program syawal berkenaan disalurkan kepada keluarga terbabit seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, tetapi tahun ini, masa sumbangan dipercepat yakni dua hari selepas berpuasa.

Menurutnya, langkah itu diambil berikutan maklumat yang diterima daripada pengerusi setiap apartmen mendapati keluarga terbabit turut terkesan selepas PKP dilaksanakan apabila ada antara mereka hilang punca pendapatan dan sukar mendapatkan barangan keperluan harian.

Mohd Hazmi Wan Daud menerima sumbangan daripada Pengerusi Apartmen Inang, Hazami (kanan).


Beliau berkata, penyerahan sumbangan kepada 57 keluarga yang sudah dikenal pasti dilakukan dengan kerjasama Surau An Nur taman berkenaan dan majlis dilakukan di pekarangan surau itu.

“Penyerahan itu dilakukan mengikut jarak sosial Covid-19 yang disyaratkan, apabila setiap keluarga diminta hadir mengikut masa yang ditetapkan,” kata Saharani

Pengerusi Apartmen Ghazal, Yunus (kanan) menyerahkan bungkusan barangan keperluan harian kepada Atan.

26
1
0
0
0
You will be interested