Insan & Komuniti 12 May, 2020

Ayuh derma segera! Dana PKP Siti Nurhaliza kurang RM70k lagi

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
DANA Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza tinggal tiga hari lagi untuk ditutup pada Jumaat, 15 Mei 2020. Sasaran pengumpulan keseluruhan dana masih kurang kira-kira RM70,000 lagi. Ayuh "kitajagakita, kita #samasama menyumbang dan membantu"!! : KitaReporters

Sehingga kini kutipan yang diperoleh sebanyak RM227,573 dengan 6,888 penyumbang.

Maklumat ini disampai oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dalam akaun Instagramnya @ctdk.

Dana PKP bagi bahagian ‘Peduli’ telah disampai kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu 2,00 set peralatan perlingung diri  (PPE) pada Khamis, 7 Mei 2020.


Sementara sumbangan untuk bahagian ‘Kemanusiaan’ dan ‘Prihatin’ akan diserah kepada pihak yang memerlukan menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Sementara itu, penyanyi tersohor negara ini akan mengadakan Konsert Live PKP di rumah bahagian 3 pada hari Aidilfitri, Ahad, 24 Mei 2020.

Sementara itu, Siti Nurhaliza mengadakan peraduan Cabaran 7 Nasihat dalam TikTok bermula dari 11 Mei - 25 Mei 2020.


Anda hanya perlu menari zapin cara anda tersendiri terhadap lagu ‘7 Nasihat’ yang telah berada dalam TikTok.

Video TikTok peserta yang paling menarik akan mendapat hadiah dari Universal Music Malaysia.

Menurut Siti, cara untuk menyertai peraduan ini ialah dengan mengikuti akaun TikTok Siti Nurhaliza dan Universal Music Malaysia.

Jangan lupa menggunakan hashtag #7nasihatchallenge.

Mudah! Anda sudah boleh terus bertiktok dengan 7 Nasihat!! - KitaReporters

@ctdk : Selamat Hari Ibu buat semua ibu tersayang..

Allah swt jagalah ibu , berikan ibu kesihatan yang baik, umur yang berkah, kebahagiaan bersama orang tersayang di sekelilingnya , ketenangan hati dan RahmatMu di dunia serta Akhirat .. Aamiin ya rabb

0
0
0
0
0
You will be interested