NAMA Yasmim Aziz mula menjadi sebutan para peminat Big Stage musim ke-4 apabila persembahan minggu pertama daripada beliau sangat memukau.
Membawa lagu Sakit dari Yonnyboii, Yasmin ternyata berjaya membawa lagu tersebut dengan cara tersendiri. Siapa yang tonton malam itu, mesti akan puji.
'Level confident' beliau juga terserlah berbanding beberapa peserta lain. Terutama peserta surprise ke-12 dari Astro.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Big Stage
Namun begitu, di sebalik persembahan hebat, masih ada suara sumbang yang mempertikai apatah beliau sememangnya layak masuk Big Stage musim 2022 ini.
Yasmin yang aktif dan terkenal dalam TikTok dengan tagline 'Bespren' tangkas membalas kembali kritikan netizen.
Rupanya ini bukanlah pertandingan atau persembahan pertama untuk dirinya sebaliknya sebelum ini, penyanyi berdarah campuran Malaysia-Filipina ini telah menyertai beberapa pertandingan.
Bukan dalam Malaysia sahaja ye tapi luar negara. Antaranya, di Jepun, USA, Singapura dan Filipina.
Patutlah waktu persembahan pertama itu nampak beliau begitu yakin. Dah ada pengalaman rupanya. Memang tak hairanlah cara persembahan beliau seperti itu.
Macam mana netizen, dah puas hati ke belum? Maklumlah nak masuk Big Stage kena viral serta view tinggi dalam Tiktok atau YouTube.
Tapi untuk Yasmin, beliau ada package lengkap seperti suara, rupa dan bakat. Dengan ini, saya menjadi fan beliau di Big Stage.
All the best Yasmin Aziz, moga terus maju jaya. - KitaReporters
Kredit foto: FB Yasmin Aziz