JIKA sebelum ini, rakyat dan pengikut Instagram @airtangan_tuankuazizah milik Raja Permaisuri Agong tidak melepaskan peluang untuk melihat hasil tangan baginda menyediakan pelbagai juadah menarik dan menyelerakan untuk keluarga Tuanku. Kini mereka mengikuti perkembangan kesihatan kedua-dua Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. : KitaReporters
Kredit foto: Bernama
Foto Instagram @airtangan_tuanku menunjukkan keprihatinan baginda menyediakan juadah kepada petugas hospital ketika krisis COVID-19.
Kalau sejak lima hari lalu, rata-rata pengikut meluahkan rasa tersentuh hati melihat keprihatinan baginda menyediakan pelbagai masakan untuk petugas 'frontliners' Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur sebagai menghargai penat lelah mereka membantu mangsa COVID-19.
Namun kini, rakyat dikejutkan pula dengan berita sembilan petugas Istana Negara disahkan positif pandemik membunuh penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19) itu.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula pada Rabu, 25 Mac 2020.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sudah menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif.
Beliau berkata, kesemua petugas Istana Negara yang dikesan positif COVID-19 itu, berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa lalu.
Ahmad Fadil berkata, susulan kejadian itu, Al-Sultan Abdullah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet pada Rabu, 25 Mac 2020 dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik COVID-19 pulih.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April 2020.
“Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan," katanya menerusi kenyataan Istana Negara.
Kredit foto: IG Istana Negara (https://www.instagram.com/istana_negara/)
Susulan perkembangan itu, menerusi instagram airtangan_tuankuazizah (https://instagram.com/airtangan_tunkuazizah/), Tuanku Azizah menulis:
"Saya memohon kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama, doakanlah saya sekeluarga selamat ... kami self quarantine dalam bilek masing-masing dan tidak bertemu sama sendiri."
Kredit foto: IG @airtangan_tuanku ( https://www.instagram.com/airtangan_tunkuazizah/)
Menerusi perkembangan posting kedua pula, Tunku Azizah menceritakan:
"Ampun Tuanku, the team from Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan are already here.
"We will transport all our staffs to the hotel that they're supposed to be quarantined as soon as possible. The procedures that they will go through are as follows :-
"1) All of them will have to change their clothes to the clothes given by Jabatan Kesihatan.
"2) Each one will have to go through disinfection process before they board the bus. Their belongings will also go through disinfection process.
"3) We will separate our staffs to 3 groups. This group will determine which bus they have to go in. First group is those who have been tested negative. Second group is those who havent receive the swab test results and third group will be those who already have symptoms such as cough, flu or fever.
"Ampun Tuanku.... stkt ini sudah 9 orang positif, di Istana Negara tinggal saya sekeluarga bersama 3 pembantu... tiada siapa dibenarkan keluar bilik, no visitors...
"Ya Allah selamatkan Malaysia...I was in close contact with all 9 of them, pls pray for us kepada Allah berserah."
Rata-rata pengikut Instagram baginda meluahkan rasa terkejut dan bimbang serta berdoa kesihatan baginda sekeluarga, petugas Istana Negara dan rakyat Malaysia.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat empat lagi kes kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 23 kes.
Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Khamis, 26 Mac 2020, terdapat 235 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 2,031 kes.
Bayi berusia 12 hari mencatat rekod kes pesakit termuda disahkan positif wabak membunuh itu.
Seluruh rakyat Malaysia disaran berdoa mengikut kepercayaan dan agama masing-masing, moga Allah lindungi Malaysia dari musibah ini. - KitaReporters