Kisah Insan 06 Jul, 2021

Tabik spring polis! IPD Sepang bergegas hantar bekalan makanan! Terima aduan terputus makanan!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan bekas pemimpin pelajar, bekas pegawai sektor awam, korporat & komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Editor portal berita dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


TIDAK dapat dinafikan lagi, kehidupan banyak rakyat makin terhimpit dan tersepit kerana pandemik Covid-19. Sehinggakan gerakan kibarkan bendera putih telah dilancarkan melalui media sosial sehingga menjadi suatu gelombang di seluruh negara.

Walaupun begitu, masih ada rakyat yang berasa malu atau tidak mahu untuk mengikut cara berkenaan bagi mendapatkan pertolongan dalam kecemasan.

Seperti yang dikongsikan dalam akaun Facebook baru-baru ini, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang memberitahu mereka menyampaikan bantuan makanan kepada 14 orang individu di Taman Bunga Raya, Sepang yang telah terputus bekalan makanan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bantuan makanan


Pihak IPD Sepang dilaporkan telah menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan berkenaan perkara itu.

Menurut sumber, adik kepada wanita tersebut dilaporkan merupakan pekerja kilang bersama dengan yang lain dan telah dikuarantin dalam rumah yang sama.



Berikut merupakan kenyataan lengkap dari IPD Sepang: 

"IPD Sepang, 03 Julai 2021.

Bantuan Kebajikan Makanan Kepada Seramai (14) Orang Yang Kehabisan Bekalan Makanan Oleh IPD Sepang. 

"Pada 03/07/2021 jam lebih kurang 2010 Hrs, Full Manning IPD Sepang (FM) telah terima panggilan telefon daripada (1) perempuan Melayu memaklumkan bahawa adiknya yang bekerja di sebuah kilang di Bandar Baru Salak Tinggi telah kehabisan bekalan makanan. 

"Turut tinggal bersama adik pengadu ialah seramai (13) orang lagi rakannya. Mereka terdiri dari pekerja kilang yang sama dan telah dikuarantin dalam sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sepang.

"Bertindak atas maklumat tersebut atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sosial, Ketua Polis Daerah Sepang iaitu YDH ACP Wan Kamarul Azran bin Wan Yusof telah mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan supaya bantuan makanan segera dihantar ke rumah tersebut.

"Pada 3/7/2021 jam lebih kurang 2115 Hrs, anggota tugas Unit MPV IPD Sepang (SL 1211) telah sampai ke premis tersebut dan menyerahkan sebanyak (16) bungkus nasi berlauk kepada penghuni rumah.

"Wakil penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis IPD Sepang di atas bantuan yang telah diberikan." - KitaReporters


5
0
1
0
0
You will be interested

Shebby telah tiada! Sweeper emas negara 80-an! Pakar teknikal berkaliber! Penganalisis TV kritis!

Serbegeth 'Shebby' Singh, 62, meninggal dunia akibat sesak nafas ekoran serangan penyakit jantung ketika berbasikal di Iskandar Puteri pada petang 12 Jan 2022

Rezeki nelayan! Sangka anak buaya sangkut dalam pukat! Rupanya pari tunggol gergasi! Berat 40.5kg!

Nelayan Sendak Omar sangka seekor anak buaya tersangkut di pukatnya tetapi rupa-rupanya seekor ikan pari tunggol gergasi seberat 40.5kg anggaran bernilai RM324
Adnan Mohamad in Kisah Insan 2 days ago

Nia menangis dihukum penjara setahun! Bersalah bersama suami, pemandu! Kes salah guna syabu!

Nia Ramadhani menangis teresak-esak ketika mahkamah jatuhkan hukuman penjara satu tahun bersama suaminya, Ardi Bakrie akibat terbabit penyalahgunaaan dadah
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago

Mengenang Shebby! Bek tengah RM100k! Santokh Kedua! Peminat Spurs! Latih anak di Sekolah Arsenal!

Shebby, bek tengah bernilai RM100k? Yuran tebus diri itu dikenakan PBNJ gara-gara bermain tanpa kebenaran mereka untuk wakili kelab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Abdul Hafiz Ahmad in Kisah Insan 4 days ago

Shebby yang ku kenali! Ceroboh penginapan pemain! Disergah Tauke! Shebby tampil jadi penyelamat!

Persahabatan mula terjalin pada 1983 ketika kami jejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Saya baru bergelar wartawan, Shebby pula bina nama sebagai pemain bola sepak
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kisah Insan 4 days ago