Insan & Komuniti 18 Jun, 2020

Moh serta Qurbani Untukmu IRM! Sasar agihan untuk 31 negara!

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada editor@kitareporters.com & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada editor@utusan.press

Share this

SELAIN meraikan sambutan Syawal penuh kesyukuran pada setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia juga pasti ternanti-nanti kehadiran bulan Zulhijjah, di mana di dalamnya terkandung satu ibadah agung yang telah disyariatkan sejak tahun kedua Hijrah iaitu ibadah korban. Ia merupakan ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam dan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. : KitaReporters


Sehubungan itu, pada 1 Jun 2020 lalu, Islamic Relief Malaysia (IRM) telah melancarkan kempen Qurbani Untukmu bagi memudahkan dan membuka peluang kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah korban melalui Islamic Relief Malaysia. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, pihaknya membuka penyertaan sebanyak 1,030 bahagian korban melibatkan 31 buah negara dengan sasaran dana sebanyak RM500,000

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, Islamic Relief secara global meneruskan program bermusim ini bagi membantu golongan sasar yang berbeza dari pejabat-pejabat lapangan kita di seluruh dunia termasuk Somalia, Filipina, Albania, Palestin dan Syria



“Kita perlu sedar bahawa tidak semua insan berpeluang menikmati daging korban seperti kita, bahkan ada di antara mereka yang hanya merasai daging korban setahun sekali sahaja. 

“Kerana itulah, saya ingin menyeru kepada anda semua untuk menyertai kempen Qurbani Untukmu ini agar golongan sasar seperti ibu tunggal, anak yatim, warga emas, fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU), pesakit kronik dan para pelarian mendapat peluang yang sama untuk merasai daging korban,” kata Zairulshahfuddin. 

Katanya lagi, orang ramai yang ingin melaksanakan ibadah korban bersama Islamic Relief Malaysia boleh terus ke laman sesawang www.islamic-relief.org.my untuk membuat pendaftaran. 


Harga bagi setiap penyertaan bahagian korban berbeza mengikut negara bermula daripada RM320 sehingga RM1,500. 

Pakej Qurbani Untukmu yang disediakan adalah seperti berikut: - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested