Insan & Komuniti 30 Oct, 2020

Pemuda kata nak pulang ke "rumah"! Rupanya di negeri abadi!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

KATA-KATA pemuda Muhammad Al-Shafiq Abdul Rosool, 25, yang mati lemas di Sungai Endau, Johor pagi semalam (Khyamis, 29 Oktober 2020) bahawa dua minggu lagi arwah akan pulang ke "rumah" masih terdengar lagi pada telinga ibu saudaranya, Zainun Mohd Nor, 57. Rupa-rupanya arwah mahu pulang ke "rumah di negeri abadi". : KitaReporters


MUHAMMAD AL-SHAFIQ ABDUL ROSOOL


JABATAN Bomba dan Penyelamat Daerah Endau, Johor sedang mengusung mayat Muhammad Al-Shafiq untuk dibawa ke Hospital Daerah Endau. - Kredit Foto : JBDP Endau 


Lagi cerita-cerita berkaitan mati lemas:

https://kitareporters.com/search?search=mati+lemas


Ini kerana pada tiga hari lepas sebelum kejadian menyayat hati keluarga terbabit, Muhammad Al-Shafiq yang kerjanya menangkap ikan di Endau, Johor ada menelefon suami Zainun, Mohamad Abdullah, 60, dengan mengatakan dua minggu lagi arwah akan pulang ke kampungnya di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekar, Batu Rakit,  Kuala Nerus, Terengganu. 

Kepulangan Muhammad Al-Shafiq memang dirindui kedua-dua pasangan suami isteri kerana sebelum ini anak saudaranya tidak pernah berpisah begitu lama dengan mereka sejak dari kecil lagi.

Namun apa yang berlaku ke atas nelayan itu kini adalah ketentuan Allah.


Kredit foto:  JBDP Endau


Arwah beria-ria sangat untuk pulang dua minggu lagi kerana ketika itu bot yang mangsa lemas berkerja menangkap ikan itu dikatakan seminggu tidak akan turun ke laut menyebabkan semua pekerjanya (awok-awok) pulang ke kampung masing-masing. 

Muhammad Al-Shafiq yang ditemui mati lemas dipercayai terjatuh di sebuah jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau merupakan anak saudara kepada Mohamad dan arwah mula dipelihara oleh sepasang suami isteri itu ketika usia arwah berumur enam hari lagi selepas dilahirkan.


ZAINUN MOHD NOR 


Zainun ketika ditemui hari ini, Jumaat 30 Oktober 2020 berkata, walaupun Muhammad Al-Shafiq adalah anak saudaranya tetapi mereka tetap menganggap arwah itu seperti anak sendiri juga kerana sejak kecil arwah tinggal bersama mereka. 

Menurutnya, sepanjang hidup anak saudaranya itu, arwah tidak pernah lagi bekerja menangkap ikan di laut  dan itu merupakan kali pertama dia pergi menangkap ikan di Endau bersama seorang kawannya sejak tiga minggu lalu. 

``Semasa Muhammad Al-Shafiq berbual dalam telefon dengan suami mak cik nampaknya dia seolah seronok bekerja di situ maklumlah itu pertama kali dia kerja menangkap ikan berbanding sebelum ini dia hanya kerja-kerja kampung sahaja dan arwah kata lagi tunggulah dua minggu lagi dia akan balik ke rumah. 

``Tetapi mak cik tak sangka pula, kira-kira pukul 4 pagi semalam (29 Oktober 2020) ada seorang kawan dia bagi tahu mak cik bahawa arwah terjatuh dari jeti dan pada mulanya mak cik memang tidak percaya tetapi selepas beberapa kali mak cik bertanya akhirnya mak cik terima kejadian itu dengan hati yang reha,’’ katanya ketika ditemui di RAKR Mengabang Lekar, Batu Rakit petang tadi 30 Oktober 2020.


 

MUHAMMAD AL-SHAFIQ bergambar dengan seorang kawannya kira-kira empat bulan yang lalu.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi  pada 29 Oktober 2020 lalu, Muhammad Al-Shafiq dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam Sungai Endau ketika menaiki sebuah jeti LKIM Endau, Johor.

Berikutan dengan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Endau telah mengadakan operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan teknik mencari di permukaan air dengan bot kira-kira 200 meter ke muara sungai itu. 

Akhirnya mayat nelayan berkenaan yang masih bujang ditemui dengan jaraknya kira-kira lima meter dari tempat kejadian pada pukul 4.17 petang hari kejadian. 

Jenazah Muhammad Al-Syafiq dari Hospital Endau, Johor dibawa pulang ke kawasan perumahan Mengabang Lekar, Batu Rakit untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung itu pada malam tadi (30 Oktober 2020). - KitaReporters


5
3
28
1
1
You will be interested