Insan & Komuniti 04 May, 2021

Video| Terganggu hendak lakukan seks! Janda dan kekasih dera anak 2 tahun sehingga meninggal!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


SEORANG janda, YN, 34, sanggup mendera anaknya yang baru berusia 2 tahun kerana asyik menangis dan berkelakuan nakal sehingga menganggu konsentrasinya untuk mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya, RH, 32.

YN dan RH mendera si kecil sejak beberapa bulan lalu tetapi semakin ketara dari 23 hingga 25 April 2021 lalu sehingga si kecil tidak sedarkan diri lalu meninggal dunia.

YN dan RH kemudian ditahan polis Bengkalis, Riau, pada 26 April 2021 setelah mendapat laporan berkaitan penderaan tersebut daripada seorang doktor. 


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan penderaan


YN dan RH (berbaju oren) ditahan kerana mendera hingga mati anak berusia 2 tahun. - Kredit foto: Tribun Padang


Menurut Ketua Polis Bengkalis, Hendra Gunawan, hasil siasatan polis, YN dan RH mengaku melakukan sejumlah penganiayaan terhadap mangsa disebabkan anak kecil itu kerap menganggu konsentrasi kedua-dua mereka untuk melakukan hubungan seks.

Dalam keterangan kepada polis, YN mengaku kerap mencucuh cili ke mulut mangsa agar berhenti menangis.

Sementara itu RH dalam keterangannya mengaku selalu menarik rambut mangsa sehingga tubuhnya terangkat beberapa sentimeter lalu membantingnya ke lantai simen. Mangsa jatuh dengan kedudukan terduduk seperti orang sujud.

"Tujuan RH memasukkan cili ke mulut mangsa supaya tidak menangis lagi.

"Apabila mangsa tidak diam, RH menampar dan mencubit badan anaknya. Mangsa  juga diangkat ke atas kemudian dihempas ke lantai simen," kata Hendra kepada TribunnewsBogor.com.

Peristiwa penderaan yang terjadi di Bengkalis, Riau itu menggempar orang ramai.

Kedua-dua suspek kini dipenjarakan setelah ditahan oleh polis Bengkalis.

Suspek, YN dan RH. - Kredit foto: Kompas.com



Penderaan ibu kandung dan kekasihnya terbongkar setelah polis menerima laporan daripada salah seorang doktor yang memeriksa mangsa. 

Terdahulu, kedua-dua suspek dilaporkan membawa mangsa ke Bahagian Kecemasan, Hospital Umum Bengkalis setelah menggalami sesak nafas.

Ketika dibawa, mangsa sudah dalam keadaan tenat, dan YN serta RH kelihatan menggelabah apabila ditanya oleh doktor akan keadaan tubuh mangsa yang terdapat sejumlah kesan dera dan lebam.

Nyawa mangsa tidak dapat diselamat dan disahkan meninggal pada jam 12.20 tengah hari, Ahad, 25 April 2021.

Ketika ditangkap polis, si ibu, YN, mengaku kesal dan sering terganggu kerana anaknya menangis dan banyak karenah sedangkan ketika itu dia sedang  berhasrat melakukan hubungan intim dengan kekasihnya.

Menurut Hendra Gunawan,  YN dan RH akan didakwa di bawah kes penganiayaan ke atas kanak-kanak di bawah umur hingga meninggal dunia dan boleh dipenjara hingga 20 tahun. - KitaReporters

1
0
1
1
8
You will be interested