Insan & Komuniti 17 Sep, 2020

Covid-19: Iis Sugianto sembuh! Malangnya Ade Firman tewas!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Bagi sesiapa yang mampu pulih daripada jangkitan Covid-19, ia bagai ‘mati hidup semula’, namun ada juga yang tewas. Ketika penyanyi veteran Indonesia, Iis Sugianto dapat melakukan sujud syukur selepas sembuh, pelakon muda yang sedang meningkat, Ade Firman Hakim, 31, meninggal pada Isnin, 14 September 2020 lalu. : KitaReporters

Satu lagi kehilangan dalam industri seni Indonesia kerana Ade Firman Hakim pergi dalam usia muda. - Kredit foto: IG adefirmanhakim


Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/search?search=covid-19


Baru beberapa hari lalu, dunia seni Indonesia kehilangan penyanyi veteran Yopie Latul akibat Covid-19. Kini Indonesia kehilangan pelakon muda berbakat yang diragut nyawanya oleh virus pembunuh itu.

Nasihat orang ramai berhati-hati virus Covid-19, alih-alih dirinya yang terjangkit dan meninggal dunia. - Kredit foto:IG adefirmanhakim

Pelakon muda yang sedang meningkat, Ade Firman Hakim, 31, meninggal pada Isnin, 14 September 2020 lalu, pukul 5.20 petang waktu tempatan. Firman yang lahir pada 20 Oktober 1988 juga seorang pelakon teater dan penyanyi dan bergiat aktif dalam kegiatan artis golongan muda Indonesia.

Tidak lama dahulu pada postingannya dalam Instagramnya, Firman melahirkan kebimbangan mengenai merebaknya virus Covid-19 yang menjejaskan kehidupan masyarakat Indonesia, ketika angka jangkitan dan korban terus meningkat setiap hari.

Kepergian Ade Firman dalam usia muda kerana Covid-19 ditangisi insan seni Indonesia. - Kredit foto: IG adefirmanhakim


Tidak lama selepas postingannya, Ade Firman dijangkiti virus wabak itu. Dia menerima rawatan di sebuah hospital tetapi tidak sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Allahyarham dikebumikan pada  malam Isnin, 14 September 2020. 

Memetik laporan Kompas.com, adik Firman, Dai Tirta berkata, abangnya sudah seminggu tidak sihat sebelum dibawa ke hospital. Doktor mengesahkan Firman dijangkiti virus Covid-19. 

Mula berlakon dalam tahun 2010 melalui filem 'Babak Belur'. - Kredit foto: IG adefirmanhakim


Kepergian artis berbakat ini dalam usia muda apalagi akibat Covid-19 mengejutkan golongan artis Indonesia.

Firman terlibat dalam dunia seni sebagai pelakon selepas menyertai pertandingan model remaja ‘Abang None’ pada 2008. 

Bermula dengan filem ‘Babak Belur’, Allahyarham membintangi sejumlah filem selepas itu. Filem terakhir lakonan Firman ialah filem aksi berjodol  ‘Ratu Ilmu Hitam’ pada 2019.

Sepanjang 12 tahun penglibatan Firman dalam lakonan, dia telah membintangi 12 filem. 

 

Filem terakhir lakonan Ade  Firman. - Kredit  foto: IG adefirmanhakim


Sementara itu, alhamdulillah penyanyi veteran Indonesia, Iis Sugianto, 59,  dapat melakukan sujud syukur kerana mampu pulih daripada Covid-19.

Setelah pulih Iis Sugianto meminta rakyat Indonesia memandang penting protokol kesihatan. - Kredit foto: IG iis_sugianto


Iis yang nama penuhnya Kuspuji Istiningdyah kini berehat di rumah setelah pulang dirawat di hospital selama dua minggu dan kini telah disahkan sebagai negatif.

Dalam IG-nya Iis menghantar mesej video dan teksnya, juga dalam beberapa program hiburan di beberapa siaran TV,  meminta orang ramai tidak memandang ringan akan pandemik Covid-19.

Iis menyatakan betapa terseksanya dia apabila mengalami virus Covid-19 dengan hilangnya deria lima indera termasuk hilang selera makan. Iis menyatakan dirinya berasa seperti hendak mati dan sempat meninggalkan pesanan kepada ketiga-tiga anaknya.

Walaupun usia semakin meningkat, Iis Sugianto terus belajar dan bakal bergelar Doktor Falsafah (PhD). Kredit foto: Jago dangdut.com


Namun dia bersyukur apabila doktor menyatakan dia sudah pulih daripada gejala Covid-19 lalu membuat dia melakukan sujud syukur. Iis mengucap terima kasih kepada rakan-rakan yang selain memberi ucapan selamat pulih turut memberikan sejumlah makanan lazat kepadanya untuk mempercepat proses pemulihan.

Walaupun kini berehat di rumah, Iis tetap menerapkan aspek kesihatan dengan sentiasa memakai pelitup muka, mencuci tangan dan melakukan penjarakan sosial. Dia memastikan pembantu rumah dan pengurusnya tidak terjangkit virus pembunuh itu. 

Iis turut menasihatkan orang ramai mematuhi prosedur kesihatan yang ditetapkan.

Sebelum dijangkiti Covid-19, Iis bersama dua lagi artis seangkatannya Rita Putar Putar dan Christian Panjaitan mengadakan konsert amal virtual RICH 80 untuk mengutip sumbangan bagi penderita Covid-19.

Iss Sugianto turut mengadakan konsert amal virtual untuk membantu pesakit Covid-19. - Kredit foto: IG iis sugianto

Penyanyi berperawakan lembut dan berparas menarik ini popular pada sejak 1978 hingga pertengahan 1990-an dengan antara lagu popularnya ‘Jangan Sakiti Hatinya’.

Dalam 42 tahun terbabit dalam nyanyian iaitu sejak 1978, Iis telah menghasilkan 27 album, bermula dari ‘Salah Tingkah’ (1978) hingga ‘Duels’ pada 2012. Dia juga pernah berlakon dalam 4 filem dan menjadi model beberapa iklan pada awal 1980-an.

Album 'Jangan Sakiti Hatinya' mempopularkan Iis Sugianto. - Kredit foto: Facebook


Iis berkahwin dua kali dan mempunyai tiga anak. 

Suami pertamanya, Rizal Arsyad adalah pemain gitar irama kumpulan Mercy’s iaitu salah satu kumpulan top pada pertengahan  60-an- 70-an dengan salah seorang ahlinya ialah komposer terkenal Rinto Harahap.

Walaupun usia semakin meningkat, Iis terus mengejar ilmu. Kini dia sedang menghabiskan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD). Dia juga turut menyanyi jika menerima undangan. - KitaReporters


2
0
1
0
0
You will be interested