Insan & Komuniti 26 Mar, 2021

Video| Ustaz Gondrong mampu gandakan wang guna jenglot ditahan polis! Penipuan guna wang palsu

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Ustaz Gondrong  atau dikenali sebagai Herman memperlihatkan kemampuannya menggandakan wang kertas. - Kredit foto: Paparan layar dari video FaceBook Boger Panglima Srigala Tempur

WARGA Indonesia baru-baru ini digemparkan dengan berita seorang lelaki berambut panjang (gondrong) yang mendakwa sebagai ustaz mampu mengandakan wang berkali-kali ganda.

Kegemparan berlaku setelah bersebarnya video kira-kira 12 minit dalam pemilik FaceBook, @bogor panglima srigala tempur pada Sabtu, 20 Mac 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=Indonesia



Dalam video itu, terlihat seorang lelaki berambut gondrong (panjang) yang memakai songkok duduk bersila di lantai. Di sekelilingnya terlihat beberapa lelaki dewasa. Lelaki itu memangku seorang budak kecil dipercayai anaknya.

Di hadapannya kelihatan beberapa kotak dan plastik hitam dan suatu benda yang dikatanya makhluk halus dikenali sebagai jenglot.

Mulanya dia membuka kotak berukuran kecil yang berwarna kelabu. Di dalamnya, ada benda berwarna hitam yang kemudian ia bungkus dengan kertas.

Gulungan kertas itu ia masukan ke sebuah kotak berwarna hitam yang ukurannya lebih besar. Tidak lama kemudian dia mengeluarkan gulungan kertas itu dan mengambil benda berwarna hitam untuk diletakkan kembali ke kotak berwarna kelabu.

Sementara itu, kertas-kertas tersebut dimasukkan kembali ke kotak hitam. Dia mengambil bekas plastik berwarna hitam untuk menutup kotak hitam. Tiba-tiba keluar asap dari bekas plastik itu.




Tidak lama kemudian dia membuka kotak hitam itu dan terlihat wang kertas Rp100,000 dalam jumlah yang banyak.

"Subhanallah," kata salah seorang lelaki yang melihat aksi penggandaan wang itu. Lalu, lelaki itu mengambil wang dalam kotak hitam itu dan meletaknya di sekeliling kotak hitam itu.

"Kalau ada benda, bererti ini (wang) tidak habis-habis," kata lelaki gondrong ini.

Lelaki ini terus menerus mengeluarkan wang not Rp100,000. "Ini tak habis-habis pak, wang ini, lihat saja semakin penuh," kata lelaki gondrong ini.



Ekoran viralnya video itu dan perbuatan itu dipercayai mempunyai unsur penipuan membuat polis wilayah Bekasi bertindak dan menyerbu rumah lelaki itu pada Ahad, 21 Mac 2021 ketika dia dikunjungi beberapa orang.

Sejumlah anggota polis memberkas lelaki gondrong itu yang dikenali sebagai Herman berserta empat lagi anggota keluarganya termasuk isteri yang dikenali sebagai NP.

Menurut Ketua Polis Metro Bekasi, Hendra Gunawan, kesemuanya masih ditahan untuk siasatan lanjut dan si isteri mengaku merakam dan menyebarkan video itu dalam Facebook.

Dan wang dengan banyak itu adalah wang kertas palsu. Difahamkan sejumlah orang sudah ditipunya dengan meminta sejumlah wang untuk diganda. - KitaReporters


Rumah Ustaz Gondrong atau dikenali sebagai Herman kosong setelah dia sekeluarga ditahan polis. - Kredit foto: JPNN.com

1
2
1
3
0
You will be interested