SEBUT saja poligami mesti tak tentu arah kaum Hawa, maka boleh dikatakan perkataan itu adalah musuh utama, malah ada yang berpendapat rela hidup bersendirian daripada menerima kenyataan hidup bermadu.
Tapi tidak semua kaum wanita berpendirian sedemikian
kerana masih ada wanita mulia yang sanggup berkongsi kasih dan mengizin
suaminya mendirikan rumah tangga lain.
Terbaharu, tular kisah kecekalan seorang wanita yang mengizinkan suaminya bernikah lagi menjadi perhatian selepas dikongsi dalam aplikasi TikTok baru-baru ini.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bermadu:
https://kitareporters.com/search?search=bermadu
Kisah kecekalan itu dikongsikan adik wanita berkenaan dalam aplikasi TikTok @nurshalini21.
Menerusi perkongsian berkenaan, Nurshalini memuat naik
momen kakaknya menghadiri majlis abang iparnya bersama isteri baharunya yang
diadakan di pejabat agama.
Manis bersedondon berwarna kelabu bersama suami dan isteri
kedua, kakaknya kelihatan tenang pada majlis berkenaan.
Lebih mengejutkan, wanita cekal itu dilihat bersahaja membantu
suaminya membetulkan kain sampin pada hari bahagia suaminya.
Baiknya awak! Sanggup hadir bersama pada hari perkahwinan suaminya.
Lebih hebat apabila wanita cekal itu sanggup mengukir senyuman pada hari perkahwinan suami sendiri.
Malah dalam perkongsian berkenaan Nurshalini
menjelaskan kakak ikhlas menerima madu dan bersangka baik dengan ketentuan
hidupnya.
Malah kakaknya tidak menyalahkan sesiapa dalam isu
berkenaan kerana semuanya sudah tertulis takdirnya hidup bermadu.
Menerusi perkongsian berkenaan kakaknya menerima
ketentuan jodoh selain reda dan ikhlas serta mendoakan yang terbaik kepada
mereka sekeluarga.
Terdahulu, seminggu sebelum majlis berlangsung
kakaknya juga turut merisik bakal madu.
Semoga kehidupan mereka sekeluarga sentiasa dalam
rahmat Allah dan kekal bahagia selamanya hingga ke jannah. - KitaReporters