KETIKA negara kita berada di landasan terbaik untuk menang perang lawan wabak COVID-19 ini, kedengaran khabar kurang enak dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Baru-baru ini, viral gambar serta video kakitangan barisan hadapan (frontliners) mereka dikatakan sudah penat melawan COVID-19 akibat sikap degil segelintir masyarakat di sana. : KitaReporters
Kredit foto: IG Hanyaive
Dengan slogan Indonesia Terserah dan tanda pagar, #sukasukakalian memberi maksud cukup mendalam bagi kita.
Jika mereka menyerah, maka akan lebih ramai terkorban, ingin teruskan berjuang tetapi rakyat pula tidak beri kerjasama.
Ibarat tengah berperang di hadapan bagi memastikan musuh tidak terus mara, tetapi ada pula dari antara mereka pergi buka laluan agar musuh masuk ikut laluan lain.
Malah, ada juga video yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian lengkap PPE berjalan sambil menjerit-jerit kepada orang ramai di situ.
Kredit video: YouTube Al-Hajari Studio
"Ayuh keluar rumah semua... ayuh keluar rumah semua... kami capek," jeritnya berkali-kali.
Namun disebabkan kita berjiran, barisan hadapan Malaysia yang terdiri dari kakitangan kesihatan telah memberi sokongan moral kepada barisan hadapan Indonesia.
Kredit gambar: FB Awangku Md Joehar IbuAlifa Has.
Semangat juang serta sokongan moral ini harus dipuji biarpun ada ketika netizen Malaysia dan Indonesia sering berperang dalam alam maya.
Kepada barisan hadapan Indonesia, moga terus kuat membantu masyarakat di luar sana.
Bagi rakyat Indonesia, bersatulah demi kemenangan bersama jika itu yang diimpikan, barisan hadapan tidak mampu bekerja sendiri jika tidak dibantu dan diberi kerjasama oleh anda.
Itu pun jika anda inginkan kemenangan serta bebas daripada terus diserang oleh COVID-19. Mau endak?? - KitaReporters