Insan & Komuniti 14 May, 2020

Lapor polis, body shaming! Busuk hati dengan Menteri Agama??

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

KALAU hati sudah busuk dan dengki pada seseorang, dia seboleh-bolehnya akan cuba memburuk-burukkan orang yang tidak disukainya. Malah, mereka akan cuba menghasut orang lain untuk turut sama menyokongnya. Sama ada orang biasa atau ulama, tidak dapat lari daripada menjadi mangsa orang seperti ini. : KitaReporters


Perkongsian Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak dalam Instagramnya mengenai beberapa pihak yang busuk hati terhadap Menteri Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sehingga membuat laporan polis dan melakukan ‘body shaming’.


Menurut PU Syed atau kini mahu dikenali sebagai Syed Bakri, dia terkejut dan tidak menyangka ada pihak yang cuba memburuk-burukkan Menteri Agama itu.

Dr Zulkifli didakwa telah melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ada juga manusia yang berhati busuk membuat laporan polis terhadap Menteri Agama, Tn Guru Dato Dr @drzulkifli.albakri kononnya melanggar PKP.

“Jika berselisih pandangan jangan sampai hilang hormat kepada ulama. Jangan ingat orang diam, kalian boleh pijak-pijak,” tulisnya.


Menurut pendakwah bebas itu, dia kesal kerana masyarakat pada masa kini tidak dapat membezakan insan yang mana patut dimuliakan dan sebaliknya.

“Benarlah akhir zaman ini, manusia dah tak boleh nak bezakan, siapa yang sepatutnya dimuliakan serta dihormati daripada yang sepatutnya dijauhi dan dibenci.

“Ambe murid beliau tetap akan pertahankan guru kami ini. 

"Berlainan pandangan tidak bermakna kita sewenang-wenangnya mengutuk seseorang. Sering kali kita jumpa manusia yng hilang adab, walaupun ilmu mereka melangit tinggi, manusia inilah telah tertipu sebenarnya,” luahnya.

Melakukan 'body shaming' boleh didenda atau dipenjarakan jika disabitkan kesalahan.


Berkenaan dengan ‘body shaming’ yang dilakukan terhadap Menteri Agama tersebut, Syed Bakri menjelaskan dia sudah lama mengenali tuan gurunya itu dan itulah gayanya yang tidak pernah berubah.

“Apabila hati sudah hitam, habis diumpat celanya Menteri Agama. 

"Ada yang perli tubuh Menteri Agama. Untuk makluman begitulah gaya Dr Zul, sejak ambe kenal beliau selaku guru dari tahun 2001 hingga sekarang, tak pernah berubah. 

"Jika kalian rasa kalian kebal api neraka, teruskanlah menjadi batu api di dunia ini,” katanya.


Apa yang lebih menyedihkan, hinaan dan cercaan terhadap Menteri Agama itu datangnya daripada orang Islam sendiri.

Manakala pengikut-pengikut Syed Bakri dalam Instagram bersetuju dengannya dan turut kecewa dengan apa yang berlaku.

“Akhir zaman macam inilah jadinya. Tak dapat nak bezakan yang baik dan benar.  Apa yang dibuat oleh ulama semuanya salah pada pandangan mereka. 

"Cubalah muhasabah diri tu sikit. Awak yang buat laporan tu nanti jawablah di akhirat. Jangan di dunia ni nak tunjuk hebat tapi ilmu tak ada,” tulis salah seorang netizen.


Mengikut undang-undang, kesalahan melakukan ‘body shaming’ termaktub di bawah akta Sekyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. - KitaReporters

0
0
0
0
1
You will be interested