Insan & Komuniti 29 Mar, 2020

AYANG, ABIEY KENA VIRUS "RINDU" CINTA MONYET

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
SIAPA sahaja yang tidak rindu untuk keluar dari rumah bertemu dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan orang tersayang lagi-lagi pada hujung minggu bagi meluangkan masa bersama-sama. Namun kita semua perlu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tidak keluar dari rumah melakukan aktiviti di luar. : KitaReporters


Disebabkan itu, banyak pasangan kekasih terpaksa mengorbankan rasa rindu kerana tidak dapat bersua muka seperti hari-hari biasa.

Beberapa hari lepas tular dalam media sosial seorang kanak-kanak dikatakan sangat merindui kekasihnya dan meluahkan rasa rindu dendamnya dalam media sosial sehingga membuatkan para netizen mengecam kisah cinta adik ini.

Dalam satu postingnya adik Arif Syahmi menulis sebuah coretan buat kekasihnya.

Ayangg... Biey dh x sanggup duduk terkurung macam nim semakin ari semakin biey merindui ayang gelak tawa kita mase balik sekolah smua tuh x dpat biey lupakn bgitu saje.


Adik Arif Syahmi menggunakan panggilan Ayang-Abiey ketika meluahkan rasa rindunya kepada kekasihnya semasa pulang dari sekolah.


Sebulan kat umah bukan wktu yg singkat ayang. Muka biey dh semakin sembat sbab x kena cahaya udara kat luar. Biey faham ayang pon merasai ape yg biey rase. Biey tahu ayang jugak merindui biey di kala ini.Kita x bleh jumpa ayang selagi Muhyidin Yasin x bagi keluar biey x berani.

Sambungnya lagi, adik Arif mengatakan mukannya sembam kerana tidak keluar dari rumah dan mereka berdua tidak boleh berjumpa kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membenarkan rakyat untuk keluar dari rumah.


Biey janji bile coronanvirus semua dah mati biey akan vaksinkan sebanyak mungkin rindu cinta dan sayang biey yg tertangguh ke dalam ati ayang apabila kite bersua nanti setelah sekian lame kite terpisah dek kerana terhalang oleh virus yg sedang menggila ini.


Pada akhir coretannya, adik ini berjanji kepada kekasihnya bahawa dia akan vaksinkan rindu cinta yang tertangguh kepada kekasihnya.

Post ini mendapat lebih 22,000 tanda suka, lebih 36,000 komen dari netizen di luar sana. 

Rata-rata netizen mengecam kisah cintanya pada usia yang terlalu muda dan tidak sesuai untuk umurnya.




Oleh kerana geram dengan tindakan dan komen-komen netizen, adik Arif memuat naik dua lagi post untuk menjelaskan tindakan beliau.


Ikutkan hati nak jew sy delete tapi pikirĀ² balik takut rugi pulak sebab banyak like ngn komen ngn share lagih.


Kepada anda semua di luar sana, janganlah kita lupa anak-anak kita dan beri perhatian pada aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh PKP agar kejadian seperti ini tidak berlaku. - KitaReporters

1
0
0
3
5
You will be interested