Insan & Komuniti 24 Apr, 2020

DANA PKP TOK TI DAH KUMPUL LEBIH RM100,000!!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
BARU 10 hari Dana PKP (Peduli, Kemanusiaan, Prihatin) Siti Nurhaliza Tarudin dilancar, lebih RM100,00 berjaya terkumpul daripada lebih 30,000 penyumbang. Tahniah Tok Ti!! : KitaReporters



Jumlah itu diumum oleh Tok Ti dalam Instagramnya @ctdk dan dana tesebut bermatlamat untuk mencapai sasaran dana berjumlah RM300,000 menjelang sebulan dana itu dilancarkan.

Dana ini diuruskan oleh syarikat pengurusannya, Siti Nurhaliza Production (SNP).

Matlamat asal cuma mengumpul sebanyak RM50,000. Pada hari pertama pelancaran sebanyak RM16,763,100 berjaya dikumpul.


Namun matlamat ditingkat apabila PKP yang bermula 18 Mac 2020 dilanjutkan ke 12 Mei 2020 dan mungkin akan  dilanjut lagi selepas lebaran.
Sesiapa ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan membuat imbasan Kod QR (QR Code) DI You Tube Siti Nurhaliza.


Berikut adalah kategori yang dibahagikan dalam Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Datuk Sri Siti Nurhaliza:

  • 1. PEDULI - Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid-19. Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan Peralatan Pelengkap Diri (PPE) seperti  topeng muka, sarung tangan dan peralatan-peralatan lain.
  • 2. KEMANUSIAAN - Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan.  Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga orang kurang upaya (OKU) atau penyakit kronik.
  • 3. PRIHATIN - Bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.

Sementara itu, Tok Ti dalam IGnya turut mengucap selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat seluruh muslimin dan muslimat.


“Semoga Ramadan kali ini memberikan kita keinsafan, menzahirkan kesyukuran di atas nikmat kurniaan-Nya serta kita semua dapat menghadapi setiap ujian dengan sabar.

"Teruslah berdoa supaya keadaan yang sedang kita lalui ini akan berakhir dengan 'Basyirah' (khabar gembira).” katanya. - KitaReporters


ctdk : Marhaban ya Ramadan, bulan suci penuh berkah telah tiba. Saatnya untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya, menjauhi keburukan, memperbanyak ibadah. Dengan segala kerendahan hati, mohon maaf zahir dan batin.

Marhaban ya Ramadan. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam ikhlas dari kami seluruh warga Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza. 😘


0
0
0
0
0
You will be interested