Insan & Komuniti 22 Apr, 2020

SIAPA NAK TIMUN? MARI AMBIL.. PERCUMA JE!!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

JIKA sebelum ini viral ada segelintir perniaga yang sanggup membuang hasil tanaman mereka begitu sahaja biarpun hasil tanaman itu masih segar. Namun berbeza pula dengan kisah seorang petani ini apabila beliau sedekahkan hasil tanaman beliau iaitu timun kepada orang ramai. : KitaReporters


Kedai runcit milik Yusof. - Kredit foto: FB Yusoff Lang Buana


Yusof Lang Buang dalam status Facebook miliknya berkata, siapa mahu makan timun waktu PKP boleh datang ke kedai runcitnya untuk mengambil tanpa perlu membayar

Bukan setakat itu sahaja, beliau juga memberi izin kepada orang ramai untuk memetik timun di ladang miliknya jika timun di kedainya habis.

Yusoff bersama hasil tanaman beliau. - Kredit foto: FB Yusof Lang Buana 


Tawaran yang dibuat oleh Yusoff kepada orang ramai adalah sepanjang PKP ini.

Ini sudah tentu satu berita gembira bagi penduduk di Simpang Tanjung Puteri Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Biarpun ia bantuan kecil, tetapi sedikit sebanyak dapat meringankam beban masyarakat setempat ketika musim PKP ini. 

Moga kebaikan yang dilakukan oleh Yusof ini akan dibalas serta akan dimurahkan rezeki dalam perniagaannya pada masa akan datang. - KitaReporters

3
1
0
0
0
You will be interested