Ketika ini, pelbagai agensi yang bertindak sebagai barisan hadapan (frontliners) ini bertungkus lumus bertarung melawan COVID-19 yang telah mengorbankan sebanyak 82 kematian di Malaysia setakat 14 April 2020. Sudah 2 fasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telah kita lalui dan kini kita berada pada fasa ketiga bermula 15 sehingga 28 April 2020. : KitaReporters
Fasa ini sangat genting bagi kita di mana fasa yang bakal menentukan sama ada ia dapat ditamatkan rangkaian COVID-19 ini atau kita akan memasuki fasa keempat.
Bagi pihak hospital, mereka menghadapi kekurangan dari segi Personal Protective Equipment (PPE) dan pelbagai pihak telah tampil membantu dengan pelbagai cara.
Namun begitu, usaha murni sesetengah masyarakat mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini telah disalahertikan atau ada pihak yang mempersoalkan sumbangan mereka kepada hospital ini.
Seorang peguam, Alan Azlan menulis di Facebook (FB) miliknya dan menjelaskan keadaan sebenarnya kepada mereka suka memainkan sesuatu isu itu sebagai rasis (perkauman) serta ketakutan atau kebencian terhadap agama Islam atau Islamofobia.
Antara luahan Azlan di FB miliknya.
"Adakah sebab ia tudung maka terus menjadi isu seperti Islamophobic.''
Menurut Azlan, pelbagai barang keperluan telah didermakan kepada doktor antaranya serkup kepala dan beliau kesal dengan pihak tersebut apabila isu tudung ini dimainkan sedangkan ia merupakan antara peralatan sangat penting bagi doktor untuk mengelak dari bahaya atau elak daripada infeksi (jangkitan).
Ianya juga berfungsi untuk menutup seluruh anggota badan mereka yang terlibat, sekali gus dapat kurangkan risiko jangkitan.
'Semua golongan tanpa kira agama dan jantina boleh guna peralatan itu'
Tambahnya, peralatan yang diberikan oleh golongan ini juga bukan hanya untuk sesetengah orang sebaliknya ia boleh digunakan oleh semua para petugas dan peralatan jenis ini pakai buang.
Jadi ia sepatutnya tidak perlu dijadikan isu namun disebabkan ia berbentuk tudung maka ada pihak rasa tidak puas hati.
''Ada doktor yang bekerja di Ireland balik ke Malaysia untuk berkhidmat di sini''
NGO yang kenali Medtweetmy ini terdiri daripada doktor pakar yang mereka sangat berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan sudah pasti mereka lebih mengetahui apa keperluan yang harus diberikan kepada para petugas doktor di hospital ini.
Azlan merupakan seorang peguam dan sering mengulas sesuatu isu mengikut undang-undang. - Kredit FB Azlan.
Penulisan Azlan di FB telah mendapat perhatian netizen di mana kebanyakan menyokong apa yang disuarakan oleh Azlan ini.
Dalam keadaan begini, tidak sepatutnya timbul isu remeh malah cuba mempersoalkan niat baik mereka yang ingin menderma kepada barisan hadapan atau kepada masyarakat yang memerlukan.
Kita perlu bersatu hati bersama-sama mereka melawan COVID-19 ini. - KitaReporters