Kisah Insan 13 Apr, 2021

Berita Terkini| Geng 'plastik hitam' dipantau Jawi! Premis yang jual juga dikenakan tindakan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Pemantauan akan dilakukan berkala mengikut jadual dan aduan awam. - Kredit Foto agendadaily.com


Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bukan sahaja ditugaskan memantau aktiviti geng 'plastik hitam' yang ponteng puasa tetapi bersedia juga mengambil tindakan ke atas premis yang bersekongkol menjual makanan kepada golongan berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pemantauan akan dilakukan secara berkala mengikut jadual ditetapkan selain membuat operasi berdasarkan aduan.


Kredit foto: Freemalaysiatoday.com


“Kita bukan sahaja menjalan pemantauan tetapi bakal mengenakan tindakan undang-undang kepada premis perniagaan atau restoran yang menjual makanan kepada golongan itu,” katanya di Putrajaya, pada 13 April 2021.

Berdasarkan Seksyen 15 Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, menjual atau secara terbuka makan dan minum atau seumpamanya boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan jika sabit kesalahan.

Manakala bagi  kesalahan kedua atau berikutnya, individu berkenaan boleh didenda sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters

 

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Mata masuk habuk! Sebak tengok anak ubah suai kereta! Demi nak bawa berjalan ayah tercinta!

Seorang pemuda telah ubah suai tempat duduk hadapan keretanya demi mudahkan ayahnya untuk naiki kereta dan berjalan-jalan. Pemuda itu belanjakan hampir RM3,000

Kasih seorang ibu! Sanggup 'simpan' jasad anak lebih seminggu! Sehingga membusuk dan dah mereput!

Seorang ibu di Singapura yang tinggal di pangsapuri tak boleh terima takdir anaknya meninggal dunia lalu simpan mayat anak lelakinya yang berusia 54 tahun itu
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Indahnya ukhuwah! Bonda Nor siapkan buku dalam sehari! Tanda penghargaan buat Prof Kamil, isteri!

Demi cinta, kasih sayang dan ukhuwah kerana Allah, Bonda Nor atau Norli Madlan berjaya siapkan sebuah buku bertajuk Jumpa Nanti.. Di Firdaus dalam tempoh sehari
Khadijah Mohamad Nor in Kisah Insan 3 days ago

Video| Apa punya mak bapak! Kanak-kanak 3 tahun ditinggalkan dalam tangki air! Diselamatkan polis!

Seorang kanak-kanak perempuan usia tiga tahun di Chalco, Mexico didera ibu, bapa tirinya dengan masukkan dia di dalam tangki air. Nasib baik diselamatkan polis
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 4 days ago

Video| Derita seorang isteri! Rayu suami azankan bayi dilahirkan! Tapi dia hilang bersama kekasih!

Hati isteri mana tak rasa sedih apabila suami bukan sahaja tak jenguk semasa wanita itu bersalin tapi ambil kesempatan keluar berseronok-seronok dengan kekasih
Adnan Mohamad in Kisah Insan 5 days ago