Insan & Komuniti 01 Jan, 2026

Gunting rambut percuma! Bantu ringankan beban keluarga miskin, asnaf! Sempena sesi baharu sekolah!

Share this

Syabas dan tahniah kepada Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) yang telah bergabung bersama Ahli-Ahli Majlis MPKP menganjurkan program Gunting Rambut Percuma pada 30 Disember 2025.


Gunting rambut  percuma MPKP mendapat sambutan menggalakkan masyarakat setempat.

Program yang diadakan di Dewan Jitra, Kedah bermula seawal jam 8.00 pagi sehinggalah jam 4.00 petang  terbuka kepada kanak-kanak dengan syarat kehadiran ibu bapa atau waris.

Usaha MPKP dan ahli-ahli majlis mengadakan program gunting rambut percuma itu menjelang sesi persekolahan baharu 2026 tidak lama lagi banyak membantu terutama bagi keluarga miskin dan asnaf.


Gunting rambut percuma terbukti mampu ringankan beban masyatakat miskin dan asnaf.


Inisiatif ini sepatutnya menjadi ikutan pelbagai pihak.

Inisiatif ini diyakini objektifnya adalah bagi membantu meringankan beban masyarakat bekeperluan serta dapat memperkukuh hubungan antara pihak MPKP dan komuniti setempat.

Ia juga seharusnya menjadi ikutan dan teladan kepada organisasi-organisasi lain serta pertubuhan-pertubuhan sedia ada tatkala ini memandangkan kos gunting rambut turut meningkat. - KitaReporters


Program yang diadakan ternyata banyak membantu dengan kehadiran ibu bapa dan waris.

2
0
0
0
0
You will be interested