Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menganjurkan Kempen Pengumpulan Sisa Buangan Elektrik dan Elektronik Terpakai (e-waste atau e-sisa) serta minyak masak terpakai di SMJK Hua Lian, Taiping pada 24 Januari 2026.

Program itu
merupakan salah satu inisiatif berterusan MPT ke arah pemuliharaan alam sekitar
serta pengurusan sisa khususnya barangan E-Waste secara lestari, khususnya di kawasan bandar Taiping.
E-Waste
merujuk kepada sisa buangan barangan elektrik dan elektronik yang berpotensi
mengeluarkan gas berbahaya sekiranya tidak diuruskan secara sistematik atau
dilupuskan dengan cara yang tidak selamat.
Keadaan ini bukan sahaja boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar, malah memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia.

Antara barangan
E-Waste yang dikumpul seperti televisyen, alat penghawa dingin, peti ais,
komputer riba, pencetak serta pelbagai peralatan elektronik.
Penglibatan
aktif orang awam termasuk komuniti setempat yang telah membawa bersama barangan
E-Waste dan minyak masak terpakai untuk tujuan pelupusan yang selamat dan
teratur.
Sehubungan
itu, MPT berterima kasih kepada semua pihak serta orang awam yang telah
memberikan sokongan terhadap pelaksanaan kempen ini.
Menurut MPT, kerjasama berterusan daripada semua pihak amat penting dalam usaha bersama mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan lestari.- KitaReporters
