Insan & Komuniti 22 Dec, 2025

Akhirnya diiktiraf! Md Roslan punyai lebih 30 tahun pengalaman, kemahiran! Pengurusan haji, umrah!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Lebih tiga dekad menabur bakti dan pengalaman dalam bidang pengurusan haji dan umrah akhirnya menerima pengiktirafan apabila Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar antara graduan yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kemahiran Keusahawanan, Kesukarelawanan dan Profesional.


Md Roslan Mohammad Jaafar (dua dari kiri) dan rakan-rakan graduan lain turut merakam detik kenangan selepas menerima pengiktirafan pada Majlis Konvokesyen Kemahiran Keusahawanan, Sukarelawan dan Profesional di USIM.

Majlis konvokesyen berkenaan menjadi simbol penghargaan terhadap perjalanan panjang beliau yang bukan sahaja bergelumang secara langsung di lapangan, malah konsisten memperkasa diri melalui peningkatan ilmu, kemahiran serta tahap profesionalisme dalam pengurusan ibadah haji dan umrah.

Sepanjang hampir 30 tahun penglibatan, Md Roslan terlibat secara langsung dalam pengurusan jemaah merangkumi aspek kebajikan, logistik, penyelarasan operasi serta pematuhan prosedur dan peraturan di Tanah Suci. 

Pengalaman luas tersebut menjadikan beliau antara pengamal industri yang memahami realiti sebenar pengurusan ibadah, bukan sekadar dari sudut teori semata-mata.


Md Roslan Mohammad Jaafar (dua dari kiri) bergambar kenangan selepas menerima pengiktirafan sebagai graduan dalam Majlis Konvokesyen Kemahiran Keusahawanan, Kesukarelawan dan Profesional yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menurut beliau, pengiktirafan yang diterima menerusi majlis konvokesyen ini bukan sekadar penerimaan sijil, sebaliknya melambangkan penghargaan terhadap pengalaman, komitmen serta kesungguhan dalam memastikan pengurusan haji dan umrah dilaksanakan secara tersusun, beretika dan berfokus kepada kebajikan jemaah.

“Pengalaman di lapangan memberikan kefahaman yang mendalam tentang cabaran sebenar pengurusan ibadah, namun pengiktirafan melalui ilmu dan kemahiran berstruktur amat penting bagi memastikan pengurusan haji dan umrah terus relevan dengan keperluan semasa,” katanya.

Beliau turut berpandangan bahawa industri pengurusan haji dan umrah kini menuntut tahap profesionalisme yang lebih tinggi, sejajar dengan peningkatan jumlah jemaah serta keperluan pematuhan kepada pelbagai garis panduan, peraturan dan dasar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.


Usia bukan penghalang untuk bergelar graduan.

Majlis konvokesyen yang dianjurkan itu turut menzahirkan komitmen penganjur dalam memartabatkan bidang kemahiran, keusahawanan, kesukarelawan dan profesional sebagai komponen penting dalam pembangunan modal insan negara, selari dengan keperluan industri yang semakin mencabar dan kompleks.

Pengiktirafan terhadap tokoh berpengalaman seperti Md Roslan membuktikan bahawa pengalaman lapangan yang panjang, apabila digabungkan dengan pengesahan kemahiran dan profesionalisme secara formal, mampu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan seperti dalam pengurusan haji dan umrah.

Perkembangan ini sekali gus memperlihatkan bahawa sumbangan berterusan, pengalaman luas serta kesediaan menambah nilai diri merupakan asas penting dalam memastikan amanah pengurusan ibadah dilaksanakan dengan cemerlang, berintegriti dan berteraskan kebajikan jemaah.


Lambang kejayaan kolektif serta pengiktirafan terhadap pengalaman dan profesionalisme dalam pelbagai bidang kemahiran.


Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pakej umrah dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh As Safa Travels and Tours, mereka boleh menghubungi talian +60 10-222 8085 untuk pertanyaan lanjut. - KitaReporters


Jemaah umrah bergambar kenangan sebelum berlepas ke Tanah Suci menerusi pengurusan As Safa Travels and Tours. 


Bergambar kenangan di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah, selepas menyempurnakan ibadah ziarah.

16
13
0
17
0
You will be interested