Insan & Komuniti 14 Jan, 2026

Kecantikan dan kebersihan! Program CSR untuk mengecap stadium! Operasi membersih sampah jalan raya!

Share this

Seringkalinya program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan di lokasi seperti sekolah, masjid, surau, pantai dan taman perumahan.


CSR mengecat Stadium Mahsuri di Padang Serai sedang giat dilaksanakan.

Kerjasama erat terbukti mampu merealisasikan wajah stadium yang lebih ceria.

Namun begitu CSR mengecat Stadium Mahsuri, Padang Serai, Kedah mendapat penyertaan pelbagai pihak mahupun pertubuhan.

CSR mengecat semula stadium Mahsuri pada 11 Januari 2026 bagi menceriakan dan memberi penampilan persekitaran yang baharu agar ia terus selesa, indah dan harmoni untuk kegunaan masyarakat.

Khusyuk dan asyik mengecat bagi memberi penampilan baharu pada stadium.

Lebih menarik lagi apabila ia turut disertai warga Majlis Perbandaran Kulim, Kedah (MPKK) ahli Puspanita MPKK, komuniti Zon 16, serta kepimpinan dan pengurusan MPKK.

Usaha ini amat dipuji kerana penglibatan pelbagai pihak mampu memberi impak yang positif kepada CSR yang dilaksanakan serta merealisasikan aspirasi yang diharapkan supaya stadium kelihatan ceria dengan penampilan baru.


Tanpa mengambil kira panas atau terik mentari program tetap diteruskan secara koloborasi bersama.

Semua pihak ceria dan serius bagi menjayakan program CSR mengecat Stadium Mahsuri, Padang Serai.

Sementara itu, di Pulau Pinang, lebih 1.28 tan dapat dikutip hasil daripada satu operasi pembersihan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). 

Pungutan keseluruhan kutipan sisa yang dilaksanakan pada 6 dan 7 Disember 2025 oleh Wira Baju Kuning, Jabatan Perkhidmatan MBPP itu adalah sampah yang dibuang daripada kenderaan, debris kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, daun-daun kering dan rumput-rampai yang berada pada pembahagi laluan kiri dan kanan jalan.


Pembersihan dan pengumpulan barangan sisa dilakukan oleh wira baju kuning MBPP pada 6 dan 7 Disember 2025.

Wira baju kuning tetap setia mengumpulkansampah darap dan barangan terbuang.

Pada hari pertama pembersihan kutipan sisa dilaksanakan, sebanyak 940 kilogram telah berjaya dipungut dan dihimpunkan.

Manakala bagi hari kedua pula sejumlah 340 kilogram sisa berjaya dipungut dan dikumpulkan menjadikan keseluruhan kutipan sisa berjumlah 1.28 tan.

Oleh kerana jumlah kutipan sisa yang begitu banyak, maka MBPP menyeru semua pemandu kenderaan agar tidak membuang sampah daripada kenderaan ketika memandu kerana ia boleh menjadi punca kemalangan kepada pemandu kenderaan lain. - KitaReporters


Antara barangan yamg dibuang di tepi jalan berjaya dipungut dalam operasi pembersihan MBPP.

Lagi barangan berat dan sisa yang dibuang di atas jalan raya.

Sebahagian lagi barangan sisa buangan yang berjaya dikumpulkan.

Pakaian juga turut dibuang di atas jalan raya dan berjaya dikumpulkan.

9
13
0
13
0
You will be interested