Insan & Komuniti 03 May, 2025

Video| Aksi stunt anak Perlis! Lompat 25 kereta sempena 25 tahun! Pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this

.

Gambar dan video koleksi Sarjan Muhammad Akmal. 


Lompatan dengan motosikal yang memukau penonton.

Lompatan bersejarah dengan motosikal oleh Sarjan Muhammad Akmal Shaari melepasi 25 biji kereta sebagai simbolik Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah memukau lebih 25,000 penonton yang memenuhi Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar pada 26 April 2025.

Sorakan gemuruh penonton bergema di Stadium Tuanku Syed Putra apabila Sarjan Muhammad Akmal anggota Kor Polis Tentera Diraja, mencatat sejarah dengan aksi ngeri (stunt) dengan melompat motosikalnya melepasi 25 buah kereta sempena Persembahan Tatu Jubli Perak Pemerintahan Tuanku Raja Perlis.


Sarjan Muhammad Akmal Shaari menunjukkan replika hasilnya yang dihadiahkan kepada Tuanku Raja Perlis sempena Persembahan Tatu Jubli Perak Pemerintahan Tuanku Raja Perlis pada 26 April 2025.


Lompatan yang dihasilkan oleh Sarjan Muhammad Akmal.


Aksi dramatik ini bukan sahaja memukau lebih 25,000 penonton, malah menjadi lambang simbolik kepada 25 tahun pemerintahan Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

“Saya amat bersyukur dan terharu kerana diberi peluang menyertai persembahan berprestij ini. Ia benar-benar menjadi satu kebanggaan sebagai anak negeri Perlis,” kata Sarjan Akmal yang berasal dari Kangar kepada wartawan KitaReporters.


Aura anak Perlis ini sebelum persembahannya. 


Antara persembahannya pada malam ambang merdeka tahun 2022.

Katanya, beliau menjalani latihan intensif selama dua bulan sebelum persembahan dengan idea formasi 25 buah kereta serta koreografi aksi stunt yang diketengahkan oleh Pegawai Pemerintah beliau yang juga OC (Officer Commanding).

Akmal yang mula menyertai tentera pada usia 19 tahun telah mewakili negara dalam pelbagai acara besar termasuk:

  • Tatu Antarabangsa Brunei 2011
  • Hari ATM dan Hari Tentera Darat
  • Hari Kebangsaan 2022 (Perlis)
  • Hari Kebangsaan 2023 (Putrajaya) di hadapan YDP Agong


Anak Perlis ini membanggakan negara.

Sentuhan Sarjan Muhammad Akmal dalam menyiapkan replikanya.

“Saya harap akan ada lebih ramai pelapis muda dari negeri kita yang berani mencuba bidang ini dan teruskan legasi aksi stunt (aksi ngeri atau aksi lagak) tentera,” ujarnya penuh semangat.

Persembahan malam itu turut menampilkan gabungan teknologi dan ketenteraan seperti dron, Drumline Tentera Darat, pertunjukan anjing perang, TTS, kawad patung dan bunga api – menjadikan ia antara tatu paling mengagumkan dalam sejarah negeri Perlis. - KitaReporters


Bergambar kenangan dengan rakan sepasukan.
14
14
0
7
0
You will be interested