Insan & Komuniti 14 Jun, 2024

Terima Kasih Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin Malaysia! Baiki sistem paip air kampung Orang Asli!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Penduduk kampung terpaksa menggunakan kayu dan kanvas untuk membina tandak yang menjadi antara komponen penting sistem bekalan air graviti ke rumah penduduk.


Paip poli bersaiz besar yag disumbangkan oleh PKJPM mampu menyelesaikan masalah bekalan air graviti di Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Johor.


Lebih 200 penduduk daripada 64 keluarga di Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Johor boleh menarik nafas lega selepas masalah bekalan air graviti yang disalurkan ke rumah mereka sering terganggu sejak lebih setahun lalu mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bermurah hati menghulurkan bantuan.

Tok Batinnya, Achai Kais, 62, menzahirkan terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin Malaysia (PKJPM) yang menyumbang bahan asas untuk membaik pulih sistem paip sedia ada yang didapati sudah tidak begitu sesuai dengan keperluan penduduk yang semakin bertambah.

Keadaan tebing tandak atau kolam kecil di Sungai Hantu, Kampung Orang Asli Selai yang mengalami kerosakan selepas dibadai arus deras ketika banjir pada Mac 2023.


Sukarelawan PKJPM bekerjasama dengan penduduk kampung menurunkan bahan asas binaan bagi membaik pulih sistem bekalan air graviti di Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Johor.


"Antara punca masalah gangguan air di kampung ini berlaku disebabkan tembok tandak atau kolam kecil yang menjadi punca/sumber air daripada Sungai Hantu berdekatan kampung kami pecah ketika banjir pada mulan Mac 2023 lalu. 

"Selepas kejadian itu kami penduduk kampung bergotong-royong membaiki tandak tersebut menggunakan kayu serta batu sungai bagi memastikan penduduk terus mendapat bekalan air," katanya.

Dia berkata demikian ketika menerima barang binaan seperti simen, paip poli dan paip PVC bernilai lebih RM12 ribu sumbangan PKJPM yang disampai oleh sukarelawan NGO tersebut.

Dalam masa sama dia turut menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi PKJPM, Tan Lek Khang yang tidak mengambil masa lama untuk menghulurkan bantuan iaitu kurang sebulan sejak dia mengajukan masalah yang dihadapi penduduk kampungnya.

Achai Kais


Menurut Achai, selepas kejadian banjir pada Mac tahun lalu (2023), setiap kali hujan lebat dan paras air meningkat, tembok tandak yang dibina menggunakan kayu dan batu sungai akan runtuh, sekali gus memberi kesan kepada bekalan air ke rumah-rumah penduduk. 

Katanya, kejadian tersebut kerap berlaku dan berharap dengan sumbangan barangan yang diterima ini masalah tersebut dapat diatasi, sekali gus mampu memberi keselesaan kepada penduduk di Kampung Orang Asli Selai.

"Kerja-kerja membina tandak baharu serta memasang saluran paip poli yang baharu yang bersaiz lebih besar ini akan dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk kampung dan dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

"Saya harap dengan adanya tandak yang lebih kukuh selain saiz paip poli yang lebih besar dari Tandak ke kawasan kampung sejauh kira-kira 1.2 kilometer itu, isu bekalan air penduduk akan dapat diatasi sepenuhnya selepas ini," katanya.

Menurutnya lagi, sistem bekalan air graviti ini memerlukan penyelengaraan yang kerap bagi memastikan saluran paip tidak dimasuki sampah mahu pun pasir yang boleh menyebabkan tekanan air berkurangan atau jika tidak bernasib baik akan terus tersumbat. - KitaReporters

Sebahagian barangan yang disumbangkan oleh PKJPM untuk membaik pulih sistem bekalan air graviti di Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Johor.


p

12
11
0
11
0
You will be interested