Insan & Komuniti 16 May, 2024

Sembang-Sembang| Siapa kata orang tak kahwin tak bahagia? Status bukan ukuran! Jodoh bukan kerja kita!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this


Status bukan ukuran! Soal jodoh bukan kerja kita! Siapa kata orang tak kahwin tak bahagia?  Ramai yang bahagia dan berjaya. Hebat pula tu... Semua ketentuan Dia. Asal kita tak putus berdoa

Jom kita kongsi kisah hari ini daripada Liyana wanita bekerjaya hebat tapi tidak berkahwin. Tetapi dia bahagia dan gembira.

Kata Liyana dalam usia lewat 40-an perkahwinan tidak lagi jadi keutamaan. Malah dia lebih selesa dengan kehidupannya sekarang.

Apa orang nak kata itu hak mereka. Liyana tak kisah. Begitu juga dengan keluarga. Semua faham pendiriannya. Bukan tak mahu, tapi jodoh belum ada. 

Siapa yang tak mahu kahwin dan ada keluarga sendiri. Semua kerja Allah. Jika Dia belum izinkan, tidaklah terjadi. 



Tak berkahwin tak bermakna kita tak boleh bahagia. Malah lebih bahagia jika masa dimanfaatkan kepada perkara berfaedah. 

Contoh, buat kerja amal, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dan yang penting mencari bekalan ke akhirat. 

Lebihkan masa kualiti dengan ibu bapa dan famili sangat berharga bagi seorang anak. 

Sesekali enjoy dengan kawan pun okey. Penat kerja, tidak salah berlibur dengan kawan dengan hasil titik peluh sendiri. 

Kata Liyana jangan salahkan jodoh jika kita tidak bahagia. Bahagia kita yang cipta. 

Berpandu hidup dan gaya. Akhlak dan iman. Dengan berkat Tuhan yang mengatur segala kejadian. 

Menurut Liyana selama ini hidupnya sangat selesa. Boleh bebas melakukan apa yang dikehendaki. 

Nak jalan makan angin. Hendak berehat dan berlibur tiada siapa melarang. Pun begitu tetap ada batasnya. Yang perlu diutamakan tetap didahulukan. 



Iktibar daripada kisah Liyana yang kita boleh jadikan panduan adalah :

Jangan salahkan jodoh. Semua ketentuan Allah. Hadapi hidup dengan tenang. Bina kerjaya dengan cemerlang. Itu juga satu amanah.

Jangan kisah apa orang kata. Letih bercakap, berhentilah mereka. Manusia kan! Mana boleh lihat orang senang. Ada sahaja nak pukul canang.

Hidup kita yang buat pilihan dan arahnya. Allah yang atur dan makbul. Jika yang diminta baik, akan baiklah jadinya. Begitu juga sebaliknya. 

Berseorangan bukan bermakna kita perlu menjadi katak di bawah tempurung. Sebaliknya terbang bebas seperti burung. 

Mencari rezeki dan berbuat apa yang kita suka asalkan positif dan terbaik untuk masa hadapan. Selebihnya biar Allah yang tentukan. 

Selagi kita bergantung kepada manusia, sepanjang hayat tak selesa, tapi selagi bergantung kepada Allah, selama itu kita rasa selamat dan bahagia. - KitaReporters


11
13
0
16
0
You will be interested