Insan & Komuniti 06 Sep, 2022

Video| Gara-gara kesilapan sendiri! Niat nak kongsi gaji pertama dengan ibu! Tapi tersalah akaun!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


NIATNYA mulia mahu berbakti dan mengambil berkat dengan gaji pertama yang diterima untuk berkongsi dengan ratu hatinya.

Namun disebabkan kecuaian diri, menyebabkan kejutan yang mahu dilakukan kepada ibunya tidak menjadi.

Semua berlaku selepas gadis cantik itu  tersalah membuat pindahan wang ke akaun orang lain.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan soal gaji



Perkongsian menarik yang berlaku kepada Nor Fahada menerusi TikTok miliknya pada 29 Ogos 2022 lalu menjadi tular.

Menurut Fahada, pada awalnya dia berniat mahu membuat kejutan dengan berkongsi hasil gaji pertamanya bersama ibu tersayang namun siapa sangka, disebabkan tidak menyemak butiran penerima terlebih dahulu, dia akhirnya tersilap memindahkan wang tersebut ke akaun milik orang lain.

Katanya, walaupun wang yang dipindah ke akaun ibunya tidak berjaya namun gadis berusia 24 tahun itu terkilan dengan sikapnya sendiri dan menyifatkan sebagai pengajaran berguna kepadanya.

“Hari ini dapat gaji, tak banyak manalah kan baru beberapa hari kerja, lepas tu aku bank in dekat mak.

“Nak dijadikan cerita tersalah bank in dekat orang lain,” kongsinya menerusi TikTok.



Gadis cantik itu bagaimanapun menyedari kesilapan berkenaan selepas menghantar resit pemindahan wang kepada ibunya. 

Emaknya  kemudian menjelaskan tidak menerima wang seperti yang diberitahu oleh Fahada. 

Selepas menyemak butiran, ternyata dia tersalah memindahkan wang tersebut ke akaun bank orang lain.

Kongsi gadis berkenaan lagi, akaun bank tersebut merupakan milik individu yang pernah berurusan dengan keluarganya sebelum ini.

Dia kemudian menghubungi individu berkenaan dan meminta supaya memulangkan semula duit berkenaan.

Namun sangat mengejutkan apabila individu berkenaan meminta supaya dia sedekah wang yang telah dimasukkan ke akaun tersebut.

“Aku bukan tak nak sedekah, tapi gaji aku sikit je dan memang niat nak bagi mak. Walaupun sikit, tapi banyak sebab aku percaya kalau bagi mak, nanti aku akan dapat lebih lagi,” kongsinya.



Bagaimanapun selepas kisahnya tular, individu yang tersalah menerima wang berkenaan bersetuju untuk mengembalikan semula wang berkenaan.

Dalam masa sama, Fahada juga menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati selepas ini apabila membuat transaksi bank.

Alhamdulillah semua dah selesai dengan baik dan juga berjaya dikembalikan. Semoga Fahada dikurniakan rezeki yang banyak selepas ni. - KitaReporters


https://www.tiktok.com/@fahadabistari?refer=embed
11
12
0
13
0
You will be interested